5 tips menghasilkan blog yang ‘boom’ !

Menulis blog kini menjadi satu “xtvt” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perkahwinan oh! perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, memiliki isteri seramai mungkin oh! bilangan pembaca seramai mungkin. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu isteri oh! wang boleh dihasilkan.
Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :

1. Tentukan topik blog anda.

Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun perkahwinan oh! pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.

2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.

Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada teman wanita oh! rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!

3. Tentukan berapa kerap anda menulis.

Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai teman wanita oh! pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.

4. Bantu pembaca anda!

Internet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan teman wanita oh! pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda. Maksudnya, jika blog anda adalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai teman wanita anda. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.

5. Galakkan pembaca anda memberikan komen.

Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, mereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.

Semoga berjaya! 🙂

Salam cemerlang untuk semua,
GM Yusri

Advertisements

~ by GM Yusri on September 1, 2008.

14 Responses to “5 tips menghasilkan blog yang ‘boom’ !”

  1. it was an ‘OK’ starting.

    bawa bersabar,
    cuma agak kerap anda mngulang hal” perkahwinan.kenapa ye?
    ???

  2. ‘OK’ starting??
    What do u mean huh?
    Ngeh2
    Hal ‘prkahwinan’ itu kerap diulang sbgai fktor pnarik

    Thnx 4 da gud kmen! 🙂

  3. nice man. boleh tahan. why dun u try english?

  4. Perghh~
    Still in construction
    I’ll try english when evrytim is undr cntrol
    Thnx 4 da sggstion! 🙂

  5. bisa di praktekkan , agar blog aku bisa boom !

  6. nice posting !

  7. >wanitaindonesia

    Thnx 🙂
    Smoga anda bisa praktekkan tips2 ini
    Dan juga,smoga sentiasa mnjadi pngunjung setia bizlimited
    Hehe

  8. n0t bad lar
    btw,hal “perkahwinan” perlu d’kurgkn

  9. gue enggak bisa omong2 kosong lg..blog ini bagus bangat jadik pedoman untuk gue dan cewek2 gue..haha.cam x jadi je cakap indon..haha..kantoi!hahahaha..bengongnyer ak..

  10. > syiqin

    Hak2
    Hal ‘prkhwinan’ dan blog ini sudah sebati bangat siyh
    :p

  11. xde point r tu.. haha…

  12. salam kenal…

  13. huhu.. good tips..
    kalau sy rajin tulis blog, sy apply la ur tips tu!~ ^^

  14. >> lel

    Haha
    Bgus2
    Smoga prtikkan apa yg sy tulis ni
    Tak sia2 sy post
    Hehe
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: