Suatu masa dulu, proses pemasaran untuk sesebuah perniagaan lebih banyak menggunakan kaedah pemasaran secara satu hala, iaitu mesej dihantar dari syarikat kepada pelanggan. Mesej-mesej pemasaran dari syarikat ini banyak disampaikan menerusi televisyen, radio, surat khabar, majalah, brochure, poster, banting dan sebagainya. Semua medium ini hanyalah medium sehala… dimana, matlamatnya adalah “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai perempuan cantik oh! orang yang boleh”.

Kemudian, wujud pula internet.. dimana.. matlamat “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai perempuan cantik oh! 🙂 orang yang boleh” menjadi lebih murah dan berkesan. Jika dulu (TV, majalah, suratkhabar dan sebagainya) hanya boleh mencapai golongan setempat (contohnya macam TV kat malaysia..mestilah orang kat malaysia je yang tengok kan?).. tetapi di internet, batas geografi itu dapat dihapuskan. Dengan internet (website), mesej pemasaran (iklan) dapat disampaikan diseluruh dunia.. ianya tidak terhad hanya kepada sesuatu tempat sahaja.Tetapi, menerusi internet, seluruh dunia boleh melihat iklan anda.

Tetapi itu dulu.. kini, blog lebih sesuai digunakan sebagai alat tackle perempuan pemasaran berbanding website. Ini kerana, dengan blog,sesebuah perniagaan itu boleh berkomunikasi dengan pelanggan mereka dan ini mewujudkan satu kaedah pemasaran secara 2 hala..  itu lebih “cool” bukan?

Dengan kaedah pemasaran 2 hala ini,perniagaan dan pelanggan akan dapat lebih memahami antara satu sama lain. Perniagaan boleh memahami apa kehendak pelangan, dan pelangan dapat mengetahui dengan terperinci apakah kelebihan dan kehebatan produk keluaran syarikat .

Ini sekaligus.. dapat meningkatkan jualan produk syarikat dan juga dapat mengurangkan kos pemasaran syarikat.

Jadi.. usah berlengah lagi.. bina sebuah blog untuk perniagaan anda sekarang! 🙂

-GM Yusri-