Nak sidebar Kiri atau Kanan?

Pertamanya syukur Alhamdulillah anda masih diberikan kesempatan oleh-NYA untuk membaca post saya yang mantap ini Oh!  🙂 . Baiklah post kali ini lebih berbentuk pendapat saya sendiri dan saya belum tahu sejauh mana keberkesanannya. Namun saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua dan saya ingin tahu adakah anda bersetuju dengan pendapat saya pada kali ini. (Maklumlah pendapat budak hensem sekolah siapa nak dengar)

Jika anda mempunyai blog sudah tentu anda akan kenal sidebar merupakan satu aset yang cukup penting. Pada sidebarlah kita meletakkan gambar teman wanita iklan, chatbox, link kawan-kawan dan sebagainya. Jadi tidak keterlaluan saya katakan tema blog yang tidak mempunyai sidebar adalah cacat,tempang,kudung dan sebagainya . Persoalanya timbul sidebar yang terletak di kiri atau kanan lebih baik? Ini kerana terdapat beberapa theme wordpress mahupun blogger yang menggunakan kedua-duanya.

Baiklah kita dengar pendapat saya pada kali ini ingin dikongsikan dengan anda. Pada pendapat saya sidebar yang terbaik adalah terletak di sebelah kanan! Mengapa? Jawapanya mudah kerana scroll bar sesebuah web browser terletak disebelah kanan. Apa kaitannya? Kaitannya cursor pelawat sudah tentu lebih dekat dengan sidebar anda kerana mereka akan menggunakan scroll bar untuk melihat ke bawah blog perkahwinan oh! anda.

Jadi jika anda meletakkan adsense atau sebarang iklan di sidebar sebelah kanan, kemungkinan anda boleh mendapatkan lebih banyak klik. Kalau adsense semakin banyak klik semakin banyak duit yang kita dapat. Senang bukan? Jika sekarang anda menggunakan themes blog yang menggunakan sidebar disebelah kiri, saya tidak paksa anda menukarnya namun saya menggalakkan anda cuba praktikkan teori saya ini. Jika berkesan bagi tahu hasilnya di sini.  🙂

Mudahnya tip kali ini namun mampu mengubah aliran trafik ke blog perkahwinan anda. Yosh! 🙂

Sekian sahaja dari saya,

-GM Yusri-

Advertisements

~ by GM Yusri on September 2, 2008.

13 Responses to “Nak sidebar Kiri atau Kanan?”

  1. waaa.bagus2.sgt membantu utk org2 baru dlm blogging.keep up d good work yusri. 😀

  2. hal perkahwinan kerap diulang pak.
    mengapa ya.haha.
    oh ya.nice tips too.

  3. ehm..aku rase pun kanan is better..

  4. > nikki

    Thnx 🙂
    I’ll improve my blog from time to time
    Heee

    Owh
    Hal perkahwinan itu anda sndiri2 faham la ye
    Ngeh2 :-p

  5. hmmm…why don’t u put some multimedia graphics?
    in order 2 improve its visual appearance,
    rather than leaving it plain…
    u can add instrumental / music then, if u don’t prefer it,
    its okay…
    i think da right side is better as hmm…(maybe its easier to move the cursor…?)but both r da same, up 2 u??hihi…

    its just my suggestions…however, nice job! 9(^0^)6

  6. kiri.

  7. > darkchild90

    Ok
    Thnx 4 da sggstion
    I’ll upgrade it step by step
    I’m a newbie in blogging
    Wiii 🙂

  8. > cik afe

    Dont be a pretender
    Sile ubh templte blog anda
    Hak2
    🙂

  9. hahahahaha!
    sengal~
    blog ni utk promote diri sbg bisnesmen di masa akan dtg ke?
    idea yg bagus~
    =]

  10. amoih”.
    sile tgk btol” blog sy.kiri ok.

  11. >cik afe

    Kanan is better ye cik afe
    My sggestion la
    🙂

  12. hmm..
    i agree with yusri..
    kanan is better!!~ ^^

  13. >> lel

    Yup,btul 2
    Hehe
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: