Apakah gaya post anda ?

Sebagai seorang penulis blog yang macho/cantik, anda dan saya harus sentiasa memperbaiki gaya tulisan post yang dihasilkan supaya seronok dibaca namun tetap berilmiah. Post kali ini saya akan berkongsi tips mempelbagaikan gaya menulis post yang boleh dicuba iaitu :

  • Post Berbentuk Peribadi

Saya percaya ramai penulis blog suka akan cara ini kerana kebanyakan blog berkisarkan cerita peribadi dan pelbagai macam cerita kehidupan. Kebolehan menggarap post dengan baik diperlukan supaya pembaca terus membaca post tersebut hingga selesai dan tidak jemu.

  • Post berbentuk Tips

Anda boleh memberikan tips berkaitan dengan tema blog anda, sebagai contoh tips menggemukkan oh! menguruskan badan dan seumpamanya. Gunakan bullet dan nombor pada tajuk post seperti 10 Langkah Buat Duit dengan Blog untuk menarik perhatian dan memudahkan pembaca membaca isi kandungan.

  • Post berbentuk fakta

Post yang dihasilkan perlu mempunyai sumber yang kukuh dan dipercayai seperti statistik, akhbar atau penyelidikan. Agak susah untuk ditulis dan jarang melakukannya kecuali tulisan dari Ustaz-ustaz yang memerlukan dalil-dalil untuk mengukuhkan fatwa dan keputusan.

  • Post berbentuk penawaran atau cadangan

Post begini biasanya dihasilkan untuk mempromosikan teman wanita oh! barangan dan mendapat komisen dari penjual. Namun anda harus ingat bahawa post berbentuk iklan semata-mata tidak akan berjaya kerana ramai orang tidak menyukai jurujual kerana dianggap tidak hensem/cantik telus dalam memberikan cadangan. Sebaiknya, berikan informasi dengan telus dan berbentuk informasi dari menjual.

  • Menggabungkan semua bentuk post diatas

Jika anda mampu menggabungkan kesemua jenis post seperti yang disebutkan sebelumnya, post yang dihasilkan akan mempunyai fakta, cerita, tips dan tawaran yang natural dan menghiburkan. Saya akui saya sendiri menyukai post sebegini berbanding fakta biasa.

Akhir kalam, saya ucapkan Selamat Mencuba! dan jangan lupa berkongsi teknik yang anda gunakan di ruangan komen blog ini.    🙂

Ikhlas dari saya,

-GM Yusri-

Advertisements

~ by GM Yusri on September 4, 2008.

2 Responses to “Apakah gaya post anda ?”

  1. nyiao.

  2. wahh..
    modern btul kucing2 zmn skrg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: