Adakah anda mencintai saya?

>> English version available here

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin anda sekarang dilamun mabuk cinta berahi dan mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ini yang baru sahaja mengenali apa itu erti cinta namun saya tetap doakan agar anda sentiasa bahagia disisi orang yang tersayang. Semoga perhubungan anda akan berakhir dijinjang pelamin oh! Walaupun dalam blog ini saya sentiasa menceritakan tentang perkahwinan wang dan perniagaan izinkan saya pada hari ini membetulkan sedikit keadaan dengan perspektif yang sebenar.

Pembaca blog yang budiman sekalian,

Jika anda melakukan sesuatu semata-mata kerana kekasih hati wang, lambat-laun anda akan kecewa. Sangat kecewa diibaratkan seperti ditinggalkan oleh teksi kekasih yang tidak mengenal apa itu erti “setia” oh! Bekerja hanya untuk wang akan meletihkan anda, meresapkan tenaga anda dan membuat anda tidak bermaya. Anda akan marah terhadap pekerjaan yang anda lakukan, kekasih, rakan sepejabat, partner, majikan dan lebih malang anda memarahi diri anda sendiri.

 

Bagi mencapai tahap yang amat cemerlang, menyinar ditempat kerja dan memperoleh pendapatan yang lebih baik, anda mesti suka ataupun mencintai kekasih pekerjaan yang anda lakukan. Tiada jalan lain. Jika anda sekarang sedang melakukan tugas ataupun pekerjaan yang anda tidak suka… jangan harap anda ingin menjadi orang yang berjaya dalam bidang tersebut. Untuk mengetahui anda cinta atau tidak terhadap kekasih anda sesuatu perkara yang anda lakukan ialah anda sanggup melakukanya dengan PERCUMA!

Terlalu banyak orang melakukan kerja yang tidak sepadan, tidak sesuai dan tidak sebati dengan kemahuan mereka. Ada juga orang melakukan sesuatu yang tidak sepadan dengan kehenseman kemahiran yang mereka ada. Mereka melakukanya kerana wang. Ada juga orang yang melakukan sesuatu kerana mereka terlalu takut kepada isteri untuk mencuba sesuatu yang baru. Ada juga yang melakukan sesuatu pekerjaan kerana hasrat ibu bapa oh! Macamlah ibu bapa mereka yang hendak bekerja!

Satu soalan kepada anda… adakah anda sekarang melakukan perkara yang anda betul-betul cintai dan sukai? Tepuk kepala dada tanyalah diri anda!   🙂

-GM Yusri-

Advertisements

~ by GM Yusri on September 5, 2008.

4 Responses to “Adakah anda mencintai saya?”

  1. ya.saye sgt mncintai anda…mwahhhh

  2. >> anonymous

    Huh!??
    Siapekah anda nk mncintai sy??
    ~~~

  3. hak3..
    en yusri..
    awk ade secret admirer tu… :p

  4. >> lel

    Fuh,bhaya2
    Sy xnk trlibat dngn fire of luv ni
    Penim2~
    Haha!
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: