Arghh sakitnya !

Kerjaya sebagai seorang perunding perkahwinan usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan komputer sebagai pejabat peribadi.Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan ilmu rumah tangga sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan.Jangan sangka bekerja di bawah tempurung bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa hensem selamat.Teliti beberapa penyakit di bawah dan lihat samada anda berpotensi untuk menghidapnya atau tidak :

Stress
Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stress.Urusan kerjaya anda,urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan.Awasi jika anda sering shopping sakit kepala,jantung berdegup kencang,sakit leher dan pelbagai simptom lain.

Batu karang
Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-mencurah semasa menulis blog perkahwinan akan mengabaikan keinginan untuk berkahwin membuang air kecil.Selalunya mereka akan ke tandas apabila keinginan menunaikan hajat tersebut telah mencapai tahap dewa tertinggi.

Gastrik
Berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak teratur.Mungkin anda terlalu mengada-ngada gembira dengan satu-satu hubungan projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan teman wanita makan dan minum.Biasanya pengambilan makanan adalah ketika betul-betul lapar sahaja.

Gangguan penglihatan
Tumpuan mata ke arah perempuan cantik oh! komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata.Penumpuan ke arah perempuan cantik oh! skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata.Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda.

Sukar tidur
Ia adalah lanjutan daripada masalah stress yang anda alami.Sekiranya anda sukar untuk melupakan bekas teman wanita 😦 melelapkan mata selama lebih 2 minggu bermakna anda mengalami imsomnia.Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaaan letih dan tidak bermaya.Oleh itu,tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurang 6-8 jam sehari.

> Bersambung dalam post yang akan datang : ‘Senaman yang senang’ <   🙂

Salam cemerlang daripada saya,
GM Yusri

Advertisements

~ by GM Yusri on September 7, 2008.

3 Responses to “Arghh sakitnya !”

  1. sakit la sgt

  2. >> anonymous

    ???

  3. ehem..
    en yusri pun xcukup tdo..
    so, tdo la secukupnya,k!!
    lama siot sy tdo td..
    en yusri la yg suruh td.. hu3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: