E-biz pon ada asas ?

Pada musim cuti sekolah yang akan datang, seorang rakan saya akan menamatkan zaman bujang beliau, maklumlah, musim cuti sekolah.. memang ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Mungkin anda juga salah seorang daripada orang-orang yang akan menempuh hari bahagia tersebut. Tahniah saya ucapkan jika benar begitu.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Oh!  🙂

Ops! Nampaknya saya dah melalut terlebih ni.Baiklah,hari ini saya akan berkongsi mengenai asas-asas perkahwinan perniagaan internet.Suka saya terangkan disini, di internet banyak terdapat unsur – unsur positif dan juga unsur – unsur  negatif.

Positif :
– Boleh menjana wang dengan perniagaan yang wujudnya akad jual beli (pembeli dan penjual)
– Boleh membina hubungan / network rakan niaga

Negatif :
– Banyak yang ingin kaya cepat membuat ‘Program/Pelaburan/Skim’ yang menjanjikan pulangan keuntungan yang tidak munasabah
– Pengguna yang ‘kurang pengetahuan’ akan mudah tertipu dengan janji Diana yang ditawarkan

 

Mungkin anda tertanya -tanya, apakah yang boleh dilaksanakan di internet? Berikut saya berikan point – point penting apa yang boleh dijalankan di internet :

1. Menjual produk fizikal / digital – ( contact lens,kereta sorong,ebook )
2. Menyediakan perkhidmatan ( membina laman web,membina blog )
3. Menyediakan informasi ( maklumat tentang tempat percutian,maklumat tentang permainan video terbaru )
4. Membuat pengiklanan ( Google Adsense,BidVertiser )
5. Affiliate marketing ( menjadi agen jualan )
6. Penulis bebas ( menyediakan artikel,novel cinta Oh! )  🙂

Perkara – perkara di atas ini hanyalah secara kasar sahaja bidang yang boleh anda ceburi untuk menjana pendapatan di internet.

Sekian dahulu buat kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke bahagian ini. Ini menandakan anda berminat untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan perniagaan internet.Tahniah!  🙂

Semoga berjumpa lagi,

-GM Yusri-

Advertisements

~ by GM Yusri on September 8, 2008.

One Response to “E-biz pon ada asas ?”

  1. ooooo..
    nice info..
    tp, sy xbrmnat lg ttg bznes. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: