10 rahsia perniagaan !

Ehem ehem.. saya bukanlah businessman yang layak nak mengajar (pengalaman sikit je). Jadi saya bawakan kepada anda bukan 5 atau 6 tetapi 10 pengajaran untuk perniagaan pada hari ini! Antara pengajaran tersebut ialah :

1. Pilih ‘network’ anda
Network di sini bermaksud rangkaian ‘business contact’ anda seperti supplier, market.Ini kerana adalah lebih mudah berurusan dengan mereka yg ‘mahu’ berurusan dengan anda.

2. Beli kerusi yg paling empuk
Ini adalah pengajaran yang pertama kali saya  dengar tapi berguna. Ini kerana kerusi adalah alat bisnes yang paling kerap kita guna, lebih kerap daripada komputer mahupun pen! Maka keselesaan menggunakannya akan meningkatkan produktiviti anda.

3. Persahabatan lebih penting daripada bisnes
Ini serius betul! Pilih persahabatan jika anda dalam dilema antara kedua-duanya kerana daripada persahabatan akan datangnya bisnes.

4. Tidur yang cukup
Ini dapat membantu meningkatkan prestasi anda.Amalkannya selalu! Ia mampu meningkatkan kadar konsentrasi anda ketika bekerja.

5. Gagal lebih bagus daripada tidak berbuat apa-apa
‘Do It Now’ when the risk is manageable.

6. Susun strategi bisnes anda
Kerana jika bisnes anda tidak tersusun, pesaing anda akan tersusun. Dan mereka yg tersusun dan sistematik pasti berjaya.

7. Berbisnes atas peluang yg berisiko terhad dan keuntungan yang infiniti
Setiap peluang bisnes anda itu mestilah terhad risikonya kalau ia gagal, tetapi memberi pulangan yg melampau hebat kalau ia berjaya.

8. Hadapi perasaan takut anda
Jadilah usahawan yang berani.Bina diri anda bersama-sama bisnes anda.

9. Fikir sebelum ikut
Jangan ikut orang lain.Kerana memang kebiasaannya, kebanyakan orang tidak pandai berbisnes.Kalau semua pandai mesti semua orang yang berbisnes dah jadi kaya-raya kan? Fikir dulu sebelum bertindak.

10. Berbisneslah dalam pasaran yang anda suka
Tapi pastikan ia amat menguntungkan! Tanpa keuntungan, tiada bisnes.Usahawan yang bagus mampu melihat peluang dalam setiap masalah.

Salam cemerlang daripada bizLimited Corporation,

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on September 11, 2008.

2 Responses to “10 rahsia perniagaan !”

  1. pengajaran no 4 tu pntim..
    en yusri.. dgr tu.. tdo kena cukup.. hehe.. :p

  2. >> lel

    Ops,sy x ikut pngjaran no 4 sngt
    Isy3
    Nsib baek cik lel ingatkn
    Thnx!
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: