Nak pinjam teko Aladdin

Jika benar wujudnya teko Aladdin,nescaya orang yang menemuinya akan meminta supaya hidupnya senang-lenang sehingga 7 keturunan atau orang itu akan meminta hidupnya bahagia sampai bila-bila.Kalaulah saya yang menemuinya, saya akan memilih untuk hidup senang-lenang bersama isteri tercinta. Pertama,sebabnya dengan hidup yang senang lenang itulah saya akan gunakan untuk memberikan kebahagian kepada saya,keluarga dan orang sekeliling.

Berbalik kepada dunia realiti, hakikatnya perkara itu hanya wujud dalam filem romantik.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang sikap yang ada dalam kebanyakan orang yang membuatkan mereka masih tidak kaya iaitu sentiasa menyalahkan orang lain atau keadaan sekeliling.

Sebagai contohnya:
Jika peperiksaan dapat markah rendah disalahkan guru yang tidak bagus.

Jika pasaran saham jatuh menjunam disalahkan spekulator.

Jika pelaburan hartanah gagal disalahkan buku hartanah yang dibacanya.

Jika gaji tidak naik disalahkan majikan kerana tidak menghargai pekerja.

Sememangnya ada faktor seperti penyebab kita gagal dalam bercinta disebabkan orang lain tetapi adalah baik jika kita mencari kelemahan diri sendiri.Jika orang lain sahaja yang selalu bersalah,besar kemungkinan kita tidak akan mengubah apa yang kita lakukan,kesalahan dan kegagalan akan terus berulang dan berulang. Dan kita masih terus mengulang bahawa orang lain yang bersalah!

Dalam aspek perkahwinan kekayaan, lagi cepat kita belajar kesalahan kita, lagi cepat kita akan menjana kekayaan kerana kita sudah tahu apa yang betul dan apa yang salah.

Oh, alangkah indahnya kalau ada teko Aladdin!  🙂

Bizlimited Corporation,

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on September 11, 2008.

2 Responses to “Nak pinjam teko Aladdin”

  1. kalau ade teko Aladdin..
    bg sy wt wish gk tau!! huhu..

  2. >> lel

    Haha,ok2
    Nnti sy bgtaw kalo ade
    Awk org 1st sy bgtaw tau
    Ngee~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: