Rokok bagus untuk kesihatan

Baiklah, hari ini saya akan berkongsi satu rahsia perniagaan saya.Rahsia ‘rokok’ ! Saya kira, kaedah ini sangat unik dan original. ‘Rokok’ ini akan memudahkan kita membuat sesuatu keputusan dan mengambil risiko yang ringan-ringan.

Apakah rahsia ‘rokok’ ini ?

Setiap kali saya dan adik saya(GM Zulhilmi) berdepan dengan persoalan sama ada untuk mengeluarkan sedikit pelaburan untuk berkahwin mengembangkan perniagaan atau tidak, kami memikirkan semasak-masaknya. Jika jelas ada faedahnya, kami akan keluarkan belanja yang diperlukan. Re ‘invest’ sebahagian daripada keuntungan yang kami buat. Jika jelas tiada faedahnya, maka kami akan tolak peluang tersebut.

Namun, jika 50-50, kami akan gunakan prinsip ‘rokok’ tersebut.

Bayangkan wang anda itu seperti dana untuk membeli rokok.Anda tidak kisah jika wang tersebut hangus. Bak kata Zulhilmi :

‘Takpela.Dari budak lain habiskan kat teman wanita rokok,sekurang-kurangnya kita guna untuk bisnes.Tak membahayakan kesihatan,tak sia-sia.Kalo rugi pun, duit hangus.Kalo untung,lagi bagus’

Jadi kami dapat mengeluarkan belanja seperti yang diperlukan tanpa berasa menyesal atas pelaburan yang dikeluarkan. Semenjak menggunakan konsep ini,kami dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih lancar dan berani.Hasilnya,cukup mengagumkan. Sesuatu yang tidak akan kami nikmati jika kami tidak berani mengambil risiko.

Jadi,usah kedekut untuk mengeluarkan belanja kecil-kecilan dalam usaha mencari ilmu,dan mengembangkan perniagaan anda.Anggaplah pelaburan tersebut sebagai duit rokok,paling teruk pun duit ‘rokok’ anda akan hangus tanpa membahayakan kesihatan.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on September 11, 2008.

2 Responses to “Rokok bagus untuk kesihatan”

  1. lol~

  2. haha..
    lwk arr..
    tp, btul gk kate ur bro tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: