Nak unik !

Rahsia utama untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan komersial ialah menjadi ‘unik’!

Seringkali saya mengulangi perkara ini kepada pengantin baru rakan-rakan bisnes dan juga pelanggan saya.Anda mesti menawarkan jalan atau penyelesaian permasalahan dalam bentuk produk ataupun perkhidmatan yang belum ada sesiapa tawarkan lagi! Kebanyakan syarikat perniagaan hanya masuk ke dalam pasaran dan melakukan sama seperti apa yang peniaga lain lakukan.

Dengan cara ini, anda tidak akan ke mana-mana. Sekiranya anda tiada sebarang kelainan atau keunikan untuk ditawarkan, anda umpama penjual kerang busuk sayur di pasar-pasar.Anda menawarkan produk yang sama seperti peniaga lain. Anda hanya berupaya mendapatkan lebih ramai pelanggan sekiranya anda sanggup menurunkan harga jualan sayuran anda. Dan ini bukanlah caranya untuk menjadi kaya!

Tanya diri anda sendiri persoalan ini, mengapakah sesetengah barangan itu mahal harganya berbanding dengan barangan yang lain? Ianya kerana barang yang mahal itu unik, jarang dijumpai ataupun sukar didapati. Sebaliknya, barangan yang murah pula amat mudah didapati di mana-mana sahaja!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk kahwin ramai membuat keuntungan, anda harus pastikan yang anda berupaya menjadikan diri, bisnes dan produk anda unik.Sekiranya anda menawarkan sesuatu yang biasa-biasa sahaja, tiada apa yang membezakan anda dengan peniaga yang lain,melainkan harga. Inilah yang mesti anda elakkan kerana anda terpaksa menurunkan harga jualan dan juga mengurangkan margin keuntungan bisnes anda. Kalau ini berterusan, tidak lama lagi bisnes anda akan ‘gulung tikar’.  😦

Tetapkan matlamat anda dalam setiap perkara yang anda lakukan; samada merancang, menjalankan, mengurus dan membangunkan bisnes anda, tumpuan utama haruslah diberi untuk teman wanita tersayang menawarkan keunikan dan kelainan!

Setiap aspek bisnes anda itu pula daripada membangun atau mengeluarkan produk atau perkhidmatan sehinggalah kepada promosi dan juga penjualan kepada pelanggan mestilah mempunyai ciri-ciri keunikan. Dan ianya bukan sahaja unik semata-mata tetapi keunikan itu mestilah boleh difahami dan dihargai oleh para pelanggan atau target market anda!

Sekian sahaja daripada saya Board Of Director bizLimited Corporation,
-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on September 12, 2008.

2 Responses to “Nak unik !”

  1. mane neneknye?

  2. >> cik afe

    Xdpt nk siarkan
    Tajuk trlalu out of topik
    Heee~
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: