Tanam ‘Pokok Bisnes’

Jika anda merupakan ibu atau bapa, hari ini saya mempunyai beberapa tips yang sesuai untuk anda tanamkan minat perkahwinan bisnes kepada anak anda.Anda mungkin berfikir diri anda sudah terlewat untuk kahwin lagi satu membuat bisnes atau anda tidak mahu mengambil risiko menceburi bisnes dikala usia anda ini yang mempunyai ramai anak yang bersekolah.

Jadi, untuk kes ini,memaksa anda melakukan bisnes bukanlah cara saya. Tetapi, saya boleh membantu anda untuk menanam minat perkahwinan bisnes kepada anak anda. Anda mungkin tidak mampu tetapi tidak salah untuk mempunyai anak yang mampu berfikir seperti seorang usahawan yang boleh mengawal pengurusan kewangan dan perniagaan.

Saya akan ceritakan bagaimana bapa saya( Encik Sahadi Bin Ismail ) menanam minat saya dan adik-beradik yang lain ke arah perniagaan.

Pertama
Menggalakkan membaca ruangan ekonomi di akhbar setiap hari (walaupun tidak pernah faham pada awalnya)

Kedua
Menonjolkan sebagai ibu bapa yang berhemah dalam perbelanjaan (tidak membeli perkara yang tidak perlu)

Ketiga
Mempunyai beberapa pelaburan seperti saham dan sebagainya

Keempat
Berborak mengenai peluang-peluang perniagaan dan kisah tokoh-tokoh perniagaan berjaya

Kelima
Membantu bapa saya dalam beberapa aspek promosi perniagaannya

Keenam
Menderma dan belanja kawan makan

Sebenarnya banyak lagi yang dilakukan bapa saya dalam menanam minat saya ke arah perniagaan,tetapi saya lebih teruja pada yang keenam.Sikap bapa saya yang banyak menderma menyebabkan saya berfikir,inilah kelebihan yang mungkin tidak ada pada kerjaya-kerjaya lain (kalau adapun terlalu terhad).Sebenarnya, semua ini telah ditanam dalam minda saya sejak saya berada di sekolah rendah. Jadi,mungkin tidak asing bagi saya apabila menyebut perkataan bisnes hampir setiap hari.oh!  🙂

Mungkin beberapa perkara diatas adalah terlalu ekstrim untuk anda pula melakukannya terhadap anak anda. Jika anda boleh mengambil sedikit pun saya sudah gembira.Hehe…  🙂

Sekian sahaja daripada saya Board Of Director bizLimited Corporation,
-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on September 12, 2008.

2 Responses to “Tanam ‘Pokok Bisnes’”

  1. huhu..
    leh arr blnja kte nnti..

  2. >> lel

    Hak2
    InsyaAllah kalo rezki sy sntiasa murah
    Wii~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: