Bangau oh bangau !

Bangau oh! bangau kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul
Ikan oh! ikan kenapa tak mahu timbul?
Macamana aku nak timbul.Rumput panjang sangat
Rumput oh! rumput kenapa panjang sangat?
Macamana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh! kerbau kenapa tak makan rumput?
Macamana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh! perut kenapa engkau sakit?
Macamana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh! nasi kenapa engkau mentah?
Macamana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh! kayu kenapa engkau basah?
Macamana aku tak basah, hujan timpa aku
Hujan oh! hujan kenapa timpa kayu?
Macamana aku tak timpa katak panggil aku
Katak oh! katak kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku
Ular oh! ular kenapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan memang makanan aku

Saya rasa anda semua tentu pernah mendengar lagu ini kan? Lagu ini memang cukup popular masa zaman kita kecik2 dulu. Semasa kita kecil dan main kahwin-kahwin mendendangkan lagu ini, kita mungkin tidak tahu apa makna sindiran disebalik lagu ini.

Inilah sikap yang dah cukup sebati dalam diri kita, selalu mencari kekasih tambahan alasan dan menuding jari kepada orang lain. Selalunya kita tidak menyedari kegagalan yang menimpa dalam hidup kita samada dalam perkahwinan perniagaan, kekeluargaan, pendidikan atau dalam apa sekali pun banyaknya berpunca daripada kelemahan diri kita sendiri. Kita sukar untuk menerima kelemahan dalam diri kita sebaliknya mencari ribuan alasan dan menyalahkan teman wanita orang lain demi untuk menutup kelemahan diri kita

Sikap negatif inilah yang menyebabkan kita semakin hensem pasif, jumud, statik dan beku. Tidak mahu terima pandangan dan pendapat orang lain ketika gagal datang dalam perkahwinan hidup.oh!

Salam motivasi,

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on September 27, 2008.

3 Responses to “Bangau oh bangau !”

  1. Good motivation!~
    Suka la bc ur blog.. best!~

  2. >> lel

    Fuh,ni la pngakuan tergempar prnah sy temui
    Terharu2~
    Smoga sntiasa mnjadi pmbaca stia bizLimited
    Padat dngn informasi yg mengghairahkan!
    Oh! 😀

  3. huhu..ghairah giler..aku stim dh nie bca..huhuuhu(tah paperla aku nie)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: