Diari 1 Syawal

Wah! Nampaknya sekali lagi saya terpaksa menguruskan blog bizLimited ni kerana abang saya(GM Yusri) terlalu sibuk dengan kekasih hati pelbagai urusan perniagaan kami dan juga undangan majlis perkahwinan majlis hari raya ke  kelab malam rumah-rumah rakan perniagaan yang lain.Sebenarnya kami sedang sibuk dengan satu projek rahsia Chessaurus Corporation yang akan dilancarkan pada 11/11/2008 nanti(projek mega kami tahun ini).Oh!

Baiklah,hari ini saya akan kongsi dengan anda semua apa yang kami(Team Bizlimited) buat pada hari pertama raya ini.

Bang bang boom!Begitulah bunyi ketukan pintu bilik kami apabila liat sangat nak bangun sembahyang raya pagi ni.Sebenarnya kami lambat sebab mengantuk tak cukup tidur.(Sibuk dengan rancangan pelan perniagaan akan datang sampai tidur pun pukul 5 pagi.Aiyaa!)

Apalagi,kami segera bersiap-siap ke masjid la.Huhu,sungguh mengantuk wa cakap lu!! Walaupun saya terhantuk tiang masjid dua kali sebab mengantuk sangat,tapi semangat beraya masih lagi mengghairahkan.Hoho! Dalam keadaan nyawa-nyawa beruang,ketika khutbah hari raya pun kami sempat layan tidur! (Kepala rapat sampai ke lantai agaknya.Haha!)

Selesai sahaja semua,kami terus beraya dengan keluarga di rumah walaupun mata rasa macam nak bergelupas.isy3… Selepas 2-3 jam di rumah,kami beraya ke rumah kaum kerabat cam sepupu,dua pupu,tiga pupu dan kupu-kupu pun ade jugak! Petang jam 3.15,kami ziarah ke rumah-rumah rakan perniagaan kami.Waa! Bestnya jadi adik-beradik ni banyak duit,boleh kahwin ni.Itulah ayat yang dikeluarkan oleh Bro Mazlie ketika kami datang beraya ke rumah beliau.Kami hanya biasa-biasa sahaja bro.Kais pagi makan pagi,kais petang makan minggu depan.Oh!  😀

Balik saja rumah pukul 6 ada lagi budak-budak yang datang beraya.Saya sibuk melayan karenah mereka semua ni.” Wah,Abang Zulhilmi hensem la! ” , ajuk seorang budak yang hanya dikenali dengan nama panggilan Mat Lias dengan harapan saya akan bagi dia duit raya lebih.” Ya betul tu,abang memang hensem.Hohoho!Puji la lagi “, kata saya dengan nada riak tapi saya tak akan tertipu dengan taktik Mat Lias itu.Ngeh2~ ” Nah,ambil duit RM10 ni sorang satu pergi main jauh-jauh “, kata saya dengan nada boring nak layan mereka ni.Fuh,akhirnya balik juga mereka semua.(Saya nak sambung tidur balik sebenarnya.Hoho!)

Tak larat saya nak taip lagi post untuk hari ini.Banyak sangat cerita nak diceritakan.  🙂

Yang tidur masa khutbah hari raya,

-GM Zulhilmi-

 

 

Advertisements

~ by GM Zulhilmi on October 2, 2008.

9 Responses to “Diari 1 Syawal”

  1. koya smat deh..hahahahaha

  2. perhhh…rugi kawe x leh g rayo rumoh demo yus..skali bleh rm10…
    thun depe kwe blik rayo, sedia byok sket duit rayo tuh

  3. >> H2

    Haha!
    Xpo bro
    Rezki ada dimana2
    InsyaAllah kalo kawe jdi multi-billionaire 10 tahun lgi nga ank2 demo kawe wi rm100 sore.
    Hee~
    😀

  4. byk duit nmpk…main saidina ke?

  5. >> aimanazlan

    Haha
    Bukn bro
    Duit saidina laen
    Tu duit ori

    Xmaen saidina2 ni
    Kitorg maen bsnes
    9/10 rezki dtg dri prniagaan
    Wii~
    😀

  6. hebat!:)

  7. >> amalin

    Thanx!
    Smoga sntiasa mnjadi pmbaca bizlimited
    Wii~
    😀

  8. lu wat bisnes ape? mcm hebat jek. cite sket. muke budak2 je. ni duit ayah ke?

  9. >> muskafirsenja

    Haha
    Mcm2 bsnes ade bro
    Bsnes tshirt,ternak aym,software chess,freelance web dsign n so on
    Xkn nk bgtaw sume kot kat cni
    Ngee~
    😀

    Muka bdk kew?
    Fuh,muda nmpknye rase 🙂
    Muka budk xbermksud minda budk2 bro
    Bleh jew kn nk wat bsnes xkira umur
    😀

    Hak2
    Xmaen la duit2 ayah
    Duit sndiri ar
    Duit bsnes sndiri bru syok
    Isy3~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: