Resepi

Hohoho! Setelah 2 hari menyepi untuk blog ini,akhirnya saya datang kembali dengan post yang agak berinformasi pada hari ini.Tentu anda semua mencintai merindui saya kan? Oh terharunya!  😀 Nampaknya giliran saya pula untuk bersuka ria bersama kekasih hati dan segala kerja berkaitan perniagaan kami saya serahkan kepada adik saya(GM Zulhilmi) untuk uruskan.Biar dia rasa apa yang saya rasa sebelum ini sehinggakan kekasih hati rakan-rakan pon terabai kerana terlampau sibuk dengan perniagaan.Muahaha! (gelak versi jahat).

Baiklah,pada hari ini saya akan  kongsi dengan anda semua resepi kebahagiaan rumah tangga kejayaan kami menguruskan perniagaan-perniagaan yang semakin berkembang dari hari ke hari.Sebenarnya kami telah tubuhkan syarikat secara kecil-kecilan sejak tahun 2004 lagi dan semakin berkembang sehinggakan kami sekarang mempunyai 5 rangkaian syarikat dalam setiap bidang yang berbeza.Saya masih ingat ketika syarikat di awal penubuhan,kami menghadapi banyak masalah dalam mendapatkan kepercayaan kekasih hati masyarakat mahupun keluarga.Alhamdulillah nampaknya rezeki kami semakin murah dan kedudukan syarikat makin stabil dari hari ke hari.Syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan rezeki yang berlimpah ruah.  🙂

Setelah dianalisa balik,antara resepi kejayaan kami dalam perkahwinan perniagaan ini adalah disebabkan oleh faktor ikatan kekeluargaan yang kukuh.Hubungan saya dengan GM Zulhilmi dan adik beradik yang lain cukup rapat,begitu juga dengan ibu bapa.Kami Team Bizlimited Corporation(GM Yusri & GM Zulhilmi) bekerja sebagai satu pasukan.Ketika kami menghadapi saat-saat getir dahulu,keluargalah yang banyak memberikan sokongan dan semangat untuk kami terus maju ke hadapan.

Tanpa hubungan kekeluargaan yang kuat ini,sudah tentu kami sudah berkubur dan tidak bersemangat dalam menguruskan perkahwinan perniagaan.Kami percaya inilah faktor utama kejayaan Bizlimited Corporation,MicroAcid Corporation,Chessaurus Corporation,Inforium Corporation dan Agrasia Corporation hingga ke hari ini.Syukur sekali lagi ke hadrat Illahi.Alhamdulillah.  😀

Yang sibuk dengan perniagaan sebelum ini,

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on October 3, 2008.

8 Responses to “Resepi”

  1. mano namo akuxdop dlm ni broo….agak2 ar…

  2. >> cdiq

    Haha!
    Bile masa bro join 5 bsnes 2?
    Isy3~
    Nk join kna isi borang dlu
    Ngeh2
    😀

  3. perh…
    tunjuk ajarku sifu…
    ajarkanku lagu

  4. >> H2

    InsyaAllah ada masa lbih sy ajr bro
    Tpi nk ajr lagu ape?
    Hak2
    😀

  5. sy smakin brminat dlm bisnes.
    🙂

  6. >> amalin

    Haha
    Bgus2
    Anda brminat nk wat bsnes ape ek?
    😀

  7. sy pun mnt..tnjuk ajarku siput..eh sifu..huhu

  8. >> peterpunk

    Hak2
    Nk tnjuk ajr ape ni bro??
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: