Disney oh Disney!

Bagi mereka yang suka menonton Ayat-Ayat Cinta cerita kartun, siri kartun Mickey Mouse bukanlah satu cerita kartun yang asing. Karya kartun Walt Disney ini, iaitu Mickey Mouse, dikatakan sebagai karya kartun teragung sepanjang zaman.

Siapa sangka, Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney, akan berjaya menjadi seorang usahawan kartun, dan di atas usaha gigihnya, beliau berjaya membina sebuah Empayar perniagaan kartun, animasi dan hiburan keluarga yang bernilai berbillion–billion Dolar Amerika, hasil kreativitinya dalam bidang melukis kartun.

Tetapi apa yang lebih menarik pada saya ialah cerita di awal penglibatan Disney dalam bidang perniagaan yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita.

Walt Disney dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin pada tahun 1901. Ayahnya mengusahakan sebuah kebun jagung dan ibunya seorang suri rumah. Apabila tanah yang mereka sewa diambil semula oleh tuan punya tanah, mereka sekeluarga terpaksa berpindah dan ayahnya menjadi pengedar suratkhabar pula, bagi menyara hidup mereka 7 beranak.

Di sinilah Walt Disney mendapat pengetahuan awal tentang perniagaan iaitu dengan membantu ayahnya berniaga karipap surat khabar.

Tetapi Walt Disney juga mempunyai bakat dan kemahiran melukis terutamanya melukis kartun. Pada tahun 1923, ketika usianya 22 tahun, Walt Disney telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Laugh-O-Gram, yang menjalankan aktiviti melukis iklan dan filem kartun. Malangnya usaha ini gagal dan syarikat ini mengalami kerugian besar sehingga bankrap lalu ditutup. Disney sangat kecewa. Pada masa itu, tahun 1923, siapalah yang minat sangat dengan kartun?

Tapi Walt Disney tidak berputus asa, dan 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 1928, beliau mengilhamkan kartun Mickey Mouse pula. Bersama GM Yusri abangnya Roy, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat baru iaitu The Disney Brothers.

Kartun dan filem animasi Mickey Mouse mendapat sambutan yang sangat menakjubkan sehingga syarikat Disney akhirnya berjaya membina empayar perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar Amerika.

Dan yang anehnya, semua kejayaan ini bermula dengan seekor tikus yang bernama Mickey.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on October 17, 2008.

7 Responses to “Disney oh Disney!”

  1. ayat2 cinta lg best dr cta katun
    wiii~

  2. >> sabryna

    Hak2
    Yup,sy stuju dngn cik
    Ngee~
    😀

  3. hihihi
    da tgk kew?
    sedey giler
    tp best
    huuuu~

  4. >> sabryna

    Hak2
    X,blom tngk lgi
    Ngee~
    😀

  5. err..rasenye katun lg best dr ayt2 cinta.
    haha.
    sbb,,cte tu bosan.
    ngeh.

  6. barangkali kedua-dua cerita tersebut tidak menyeronokkan…

  7. >> spermatocyte

    Haha
    Laen org laen pndapat bro
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: