Duit dari D.U.I.T.

Di bawah ini saya senaraikan apa yang dimaksudkan dengan prinsip D.U.I.T. itu untuk perkongsian bersama :

D adalah DISIPLIN

Etika utama dalam perkahwinan perniagaan adalah disiplin. Pakaian, masa, kertampilan, komunikasi dan perhubungan semuanya berkait dengan soal disiplin. Kalau kita ingin dicintai dipercayai, maka terapkanlah diri kita dengan sifat ini.Anggota polis sangat menjaga disiplin pemakaiannya.Seorang doktor sangat berdisiplin dengan masa yang ada padanya. Begitu juga atlet yang sangat menjaga pemakanannya. Semua ini adalah berkaitan dengan disiplin. Jadi, seorang yang mahu bergelar usahawan seharusnya lebih lagi menjaga disiplinnya.

U adalah USAHA

Seringkali kita mendengar ungkapan-ungkapan keramat bertunjangkan maksud usaha ini. Orang kata, ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’, ‘Usaha Tangga Kejayaan’ dan macam-macam lagi.Rangkaian ungkapan yang cukup mengghairahkan memotivasikan diri. Ungkapan ini bermesejkan sifat berusaha dan bersungguh-sungguh. Dalam perkahwinan perniagaan, tiada yang datang bergolek seperti sebiji bola gemuk. Semuanya harus memanjat tangga usaha dan melalui jalan yang berliku. Ibarat melontar bola ke dinding, bola itu akan kembali kepada kita semula. Orang yang berusaha memikat perempuan cantik akan mendapat apa yang diusahakannya kembali.

I adalah IMAN

Iman inilah yang menentukan manusia itu jujur ataupun tidak. Ramai orang yang berbisnes, tetapi mereka tidak meletakkan iman sebagai tunjang dalam perniagaannya. Kalau ada peluang untuk menindas, maka peluang itu tidak akan dilepaskan. Inilah kelemahan orang Islam kita walhal kita mempunyai contoh yang terbaik iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri sebagai contoh terbaik buat usahawan di luar sana. Kejujuran dan keramahan dalam berniaga, punca barangan niaga baginda cepat habis dan terjual. Hebatnya Nabi dalam berniaga adalah keimanan banginda yang tinggi kepada Allah. Segalanya dilakukan kerana Allah.Iman mengawal segala-galanya. Kita menipu, maka suatu hari nanti terimalah balasan dari Allah. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui !

T adalah TERKEDEPAN

Dalam berniaga, kita perlu sentiasa ke depan berbanding orang lain. Dalam kata lain, kita bersaing dengan usahawan lain untuk mendahului dari segenap aspek dalam perniagaan. Aspek penciptaan produk, mobilasi pekerja, strategi pemasaran dan mewujudkan hubungan baik dengan wanita-wanita cantik usahawan lain adalah perkara yang perlu para usahawan letakkannya di depan berbanding dengan orang lain. Dalam bisnes, kena ada persaingan. Tetapi beringat, persaingan itu haruslah persaingan positif. Dengan bersaing, kita semacam dipaksa untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita.

Kepada yang sedang berkecimpung dalam bidang perniagaan,selamat mencuba teori ini.Semoga apa yang anda mahukan akan tercapai dengan lancar.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on October 26, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: