Persoalan terjawab!

Berikut merupakan 3 persoalan yang selalu bermain di minda saya sebelum ini dan akhirnya syukur ke hadrat Allah kerana akhirnya terjawab juga.Hoho!  😀  Saya akan kongsi dengan anda semua 3 persoalan tersebut beserta jawapannya sekali pada hari ini.

1. Kenapa orang yang berjaya semakin berjaya ?

Kerana, apabila anda memperolehi kejayaan pertama, ia menjadi satu pemangkin kepada anda untuk membina kejayaan kedua, ketiga dan seterusnya. Kejayaan adalah satu proses pengulangan. Mungkin ada masanya anda perlu mengubah beberapa strategi tetapi jika melihat kepada konsepnya, ianya tetap kekal sama.

2. Kenapa kita digalakkan untuk berkongsi ilmu dan tidak menyembunyikannya sendirian ? Kalau kita kongsikan juga, tidakkah ia akan membahayakan kerana takut orang lain akan lebih berjaya dari kita atau digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan kita ?

Nabi ada mengatakan sekiranya kita menyampaikan ilmu kita kepada orang lain maka Allah akan memberikan kita kefahaman yang luar biasa dan memperolehi ilmu-ilmu baru yang tidak kita sangka. Lebih banyak anda memberi, maka Allah akan memberikan kita lebih lagi nikmat dan rezeki.Yang paling penting, setiap apa yang kita beri akan datang kembali kepada kita.

3. Dengan siapa kita patut bandingkan untuk berubah ke arah yang lebih baik ?

‘ Jika kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain maka kamu telah menghina diri kamu ‘.Allah jadikan manusia ini tiada bezanya, kita sama hebat tetapi kita tidak serupa.

Sekian.  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on October 29, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: