Jin atau Jeans ?

Hari ini saya ingin bercerita tentang seluar jeans yang sangat popular iaitu Levi’s.Sila baca dengan penuh perhatian.

Nama ‘Levi’ adalah antara jenama yang paling terkenal di kalangan remaja seluruh dunia. Levi berjaya kerana beliau bijak memikat perempuan cantik mengenal pasti peluang perniagaan yang baik. Oleh itu, sebagai seorang usahawan, anda perlu berfikiran terbuka dan sentiasa menilai peluang-peluang perniagaan secara saksama. Gunakan pertimbangan anda sendiri. Belum cuba, belum tahu.  😀

Segalanya bermula daripada permintaan para pelombong emas di Sacramento. Seandainya Levi tidak mempedulikan permintaan pelombong-pelombong itu, sudah pasti beliau hanya kekal sebagai seorang peruncit kecil-kecilan.

Emas,besi kuning itu kini menjadi idaman setiap insan. Begitu juga pada kurun ke-19. Pada bulan Januari 1848, ketulan emas dijumpai di Sacramento, California. Menjelang bulan September, akhbar-akhbar melaporkan tentang ketulan emas yang banyak terdapat di kawasan itu. Apabila Presiden Polk (Presiden Amerika Syarikat pada masa itu) mengesahkan berita itu, ramai pemuda meninggalkan kampung halaman masing-masing dan mula menuju ke Sacramento.

“Kami akan pulang dengan isteri cantik kekayaan nanti”. Itulah janji setiap pemuda kepada keluarga masing-masing.Malangnya, ia tidak semudah yang disangka. Mereka terpaksa bekerja keras bagi mendapatkan ketulan emas itu. Pelbagai alat bantuan di-gunakan bagi melombong termasuklah letupan! Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai seluar yang sesuai bagi melakukan kerja-kerja melombong.Beberapa pelombong merayu kepada Levi Strauss supaya menghasilkan seluar yang sesuai.

Pada masa itu, Levi Strauss adalah pengedar karipap barang-barang keperluan harian di San Francisco. Pada mulanya, Levi cuba menghasilkan seluar dengan menggunakan khemah kanvas. Namun, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Selepas itu, beliau mencuba pula dengan menggunakan kain kapas ‘berat’ daripada Perancis, iaitu denim.Percaya atau tidak, akhirnya beliau berjaya!

Levi juga memperkenalkan satu lagi inovasi apabila beliau menggunakan kepingan besi bagi memperkuatkan bahagian tertentu pada seluar ciptaannya. Levi dan seorang tukang jahit, Jacob Davis memfailkan paten untuk idea itu dan semenjak itu, seluar jeans menjadi semakin popular.

Jika Levi boleh berjaya dengan memenuhi permintaan yang belum dipenuhi, anda juga mampu! oh!  😀

Sekian sahaja untuk hari ini.  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 1, 2008.

12 Responses to “Jin atau Jeans ?”

  1. erh.nk jeans 1.skinny jeans yer pkck.

  2. >> ciksengallll

    Perghh
    Ape mintak2 ni
    Kalo nk g la kdai beli sndiri
    Ngee~
    😀

  3. lah.igt nee kedai jeans.
    belagak siot pkck nee.
    lupe dri tol.
    haha

  4. artikel yang menarik..saya tunggu kelanjutannya

  5. nice blog…thanks ya atas infonya

  6. >> ciksengallll

    Perghh
    Adekh rupa tmpt ni mcm kedai jeans??
    ISy3 anda ni~
    Haha,sape blagak ngn sape dlu
    Ngee~
    😀

  7. >> peluang perniagaan kecil

    Thanx! 😀
    Smoga mnjadi pngunjung bizlimited selalu
    Hehe

  8. >> peluang perniagaan

    Haha
    Thanx sis
    Bisa diatur
    😀

  9. nk ugak~
    nk ugak~
    mr yusri nk bg jeans free…
    cpt2~!!
    dun 4get to visit dis bizlimited often…nge~~

  10. >> bEing mE

    Perghh~
    Apekah konspiransi dsebalik ini??
    Aish~
    😀

  11. ngeh2..
    uish..mn ad pape konspiransi..uhuk!

  12. >> bEing mE

    Haha!
    Bgus2
    Nsib baek~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: