Kad perniagaan

Pagi ini saya telah menerima kad perniagaan atau lebih dikenali sebagai ‘business card’ yang saya telah tempah dan design sendiri. Memang cantik dan tersusun rapi di dalam kotak kad.  😀

Kenapa Bizlimited Corporation bersusah payah membuat tempahan kad perniagaan?

Kebanyakan orang menganggap ia hanyalah satu keping kertas yang mempunyai nama, alamat dan sebagainya tetapi sebenarnya kad perniagaan merupakan salah satu alat memikat perempuan pemasaran yang amat penting. Anda berjumpa dengan wanita cantik klien atau pelanggan, anda berikan mereka kad perniagaan anda agar mereka akan mempunyai maklumat untuk menghubungi anda. Anda pos produk kepada pelanggan, masukkan sekali kad perniagaan anda di dalam bungkusan. Anda pergi ke jamuan, perjumpaan atau seminar, anda berikan kad perniagaan anda kepada setiap orang yang anda jumpa. Lebih banyak kad perniagaan yang ada berikan kepada orang, lebih ramai orang akan membaca kad perniagaan anda dan menghubungi anda apabila mereka memerlukan perkhidmatan atau membeli apa sahaja yang anda pasarkan.

Saya masih teringat ketika saya masih kecil,saya akan membuka satu laci yang berisi longgokan kad perniagaan dari rakan-rakan perniagaan ayah saya yang berselerak. Saya akan mula menyusun kad-kad tersebut dan yang pasti saya akan letak kad-kad yang paling menonjol dan menarik perhatian pada satu bahagian, dan satu bahagian lagi adalah kad-kad yang saya rasa tidak menarik.Walaupun kad perniagaan merupakan alat pemasaran yang penting, ia juga seperti grafik, jika ia tidak menarik dan mempunyai ciri-ciri mudah baca dan tidak professional, orang akan mudah lupa kad anda. Jadi jika anda mendesign kad perniagaan, biarlah ia mempunyai ciri-ciri perniagaan anda.

Kesimpulannya, sama ada anda seorang playboy guru kelas tuisyen, peniaga, jurutera dan sebagainya, gunalah peluang membuat kad perniagaan kerana kad perniagaan adalah salah satu alat memikat perempuan pemasaran offline yang sememangnya berkesan dan memberi lebih keyakinan kepada kekasih hati pelanggan terhadap anda dan perniagaan anda. Berikan kepada setiap orang yang anda jumpa dan jangan takut untuk membazir kad perniagaan. Saya pernah terbaca satu penulisan yang berbunyi :

Jangan salahkan produk anda jika tidak terjual tapi berfikirlah, berapa banyak kad perniagaan yang anda telah berikan kepada orang dalam sehari.

Salam cemerlang untuk semua pengunjung Bizlimited.  😀
-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 3, 2008.

4 Responses to “Kad perniagaan”

  1. comment bout ur bsness card~

    ermm..colour ok,,kuning,hitam merah kalu card 2 clear.
    mst santek.

    but x mtg cikit je.

    2 pendpt sy ^^

  2. >> cik baikhati~

    Hak2
    Thanx 4 da gud pndapat
    Design kad menampakkn diri sy yg still muda n xckup ilmu lg
    Wii~
    😀

  3. lawa ur bisnes card..
    bg la kt saya satu.. :p

  4. >> lel

    Haha,thanx!
    Ok,no probz
    Nnti kite jmpa sy bgi kat awk my bsnes kad
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: