Soalan lagi

Baiklah,pada hari ini saya akan kongsi dengan anda soalan yang saya terima melalui emel daripada kekasih hati saya pembaca setia Bizlimited.Semoga anda semua mendapat sedikit sebanyak info.Oh!  😀

Miss Salwa
Saya tidak faham apa yang saya patut lakukan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Menjual di internet pun saya tidak faham kerana saya tidak berani membeli melalui internet.

Kalau tuan telah berjaya kenapa masih lagi terus menjalankan pelbagai perniagaan. Tidak cukup lagikah kekayaan yang telah tuan kumpul?

Terima kasih.

[ Jawapan daripada GM Yusri ]

Saudari Salwa,

Jawapan kepada soalan anda adalah mudah. Kalau tak berani, kenapa tak cuba? Beli sesuatu produk yang harganya murah di internet untuk mendapat keyakinan pertama. Dan kalau tak tahu pasal perkahwinan bisnes internet, ada banyak yang boleh dipelajari daripada mereka yang berjaya (bukannya cemburu dengan mereka).

Satu lagi perkara yang anda tidak faham ialah internet dapat memberikan pendapatan berterusan.Buat sekali, dapat hasil berulang kali.

Itu jugalah yang terjadi jika kita jual kereta sorong ebook atau kasut dan sebagainya. Kalau saya tak lakukan apa-apa, laman web saya masih lagi bekerja untuk saya, menghasilkan jualan – bukannya saya terus bekerja.

Saya tanya kepada anda lagi.Kenapa anda terus bekerja (atau melakukan sesuatu) bertahun-tahun lamanya?Tak cukup lagi kah gaji yang diperolehi berbanding dengan mereka yang kais pagi, makan pagi atau yang lebih malang nasib mereka? (bukan tujuan saya menghina golongan yang kurang bernasib baik tetapi sekadar untuk memberi kesedaran).

Kekayaan adalah relatif untuk setiap individu dan jika anda tidak berusaha untuk terus menjadi mewah, pasti ada orang lain akan berusaha. Persoalannya,kenapa tidak kita? Percayalah, dengan kekayaan, anda juga boleh melakukan lebih banyak kebajikan dan membantu ramai golongan yang tak berkemampuan (sekiranya itu yang anda mahukan).

Maaf jika apa yang saya katakan ini menyinggung anda tetapi niat saya ikhlas untuk membuka minda anda.

Semoga berjaya saya ucapkan kepada semua!  😀

-GM Yusri-

 

  

Advertisements

~ by GM Yusri on November 4, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: