Sedekah

Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti kekasih hati fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.Oh!  😀

Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu yang dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.

Allah berfirman maksudnya :

“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan hidup kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”

(Surah al-Nisa’, ayat 5)

Demikianlah konsep perkahwinan perniagaan yang tidak pernah kerugian menurut perspektif al-Quran dengan melaksanakan prinsip perniagaan mengikut syarak demi meraih keuntungan duniawi dan juga menjejaki keredaan Allah di akhirat nanti.

Sama-samalah kita muhasabah diri sendiri.  😀

P/s : Tak sabar rasanya nak kira jumlah pembeli bagi CD Pembelajaran Bukamainan Catur Chessaurus 1 tengah malam ni.Hehe.  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: