Bakal pemegang saham

Baiklah,post saya pada hari ini hanya sekadar untuk memperkenalkan adik bongsu saya iaitu GM Aiman kepada pengunjung Bizlimited sekalian.GM Aiman merupakan adik nombor 3 saya selepas GM Zulhilmi dan GM Laila.

Walaupun masih berumur 6 tahun,tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sama-sama mengajak GM Aiman untuk turut serta dalam perniagaan saya.Sama seperti yang saya lakukan terhadap GM Zulhilmi dan GM Laila.Mungkin ramai di luar sana yang akan kata begini “Argh,kejam lah Yusri ni” , “Apa Yusri ni dah hilang akal ke,budak baru berumur 6 tahun pon dah nak peningkan kepala dia untuk menceburi bidang bisnes” dan pelbagai kata-kata lain lagi.Adesh,sebelum itu biar saya jelaskan,saya sebenarnya telah dididik oleh bapa saya secara tidak langsung ketika saya masih berumur 5 tahun! Saya yang ketika itu kiut,comel dan menawan oh! telah diajar cara untuk mengira duit,menabung dan sebagainya.Mesti ramai yang nak cubit pipi saya pada masa itu kan? Hahaha!  😉

Untuk menerapkan jiwa dan mentaliti perniagaan ke dalam diri GM Aiman,saya dan GM Zulhilmi kerap kali mengajak dia melastik burung untuk turut serta dalam mesyuarat perniagaan kami.Ini untuk memastikan dia mendapat pendedahan awal tentang dunia perniagaan yang mencabar dan memerlukan seseorang untuk berfikir secara kreatif dan di luar kotak( think out of the box la ).Hakikatnya,GM Aiman sentiasa turut serta dan berusaha untuk memberikan pandangannya yang terbaik.Walaupun ideanya masih kurang matang dan menyeluruh,saya yakin jika diberi dorongan dan didikan yang berterusan,GM Aiman layak untuk menjadi peneraju kepada perniagaan-perniagaan saya.Tenaga kerja saya dan GM Zulhilmi sahaja tidak cukup untuk menguruskan syarikat-syarikat yang sentiasa berkembang ini.Dengan daya sokongan dan idea kreatif daripada GM Laila dan GM Aiman mungkin akan membantu kami untuk terus meluaskan empayar perniagaan adik-beradik GM dari semasa ke semasa.

Nampaknya usaha murni saya ini berbaloi kerana saya akui hubungan kami adik-beradik semakin akrab dan rapat selepas melakukan perniagaan bersama-sama dan berlatih catur bersama-sama.Mungkin inilah tujuan asal bapa saya melatih saya secara tidak langsung dalam bidang perniagaan mahupun catur dahulu.Oh!  🙂

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja dulu.Diharapkan post saya pada hari ini memberi info dan jarum suntikan semangat sedikit sebanyak untuk anda menceburi/meneruskan perniagaan dengan penuh bersemangat dan bermotivasi.Akhir kata,salam cemerlang saya ucapkan kepada semua.

Sekian.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 17, 2008.

4 Responses to “Bakal pemegang saham”

  1. waa..

    my bf yg cute~

  2. haha…sungguh comel post kali ini…
    🙂

    nk cubit2 pipi gm yusri??? OWH TIDAK2!
    beliau sungguh kurus keding skarang!
    hahahhaah ~ layang2~

  3. >> miss bz

    Haha
    Bakal menjdi peneraju bizlimited xlama lgi 2
    😉

  4. >> cik senbe

    Haha
    Kurus2 pon hensem jgk
    Ngeh2 :p

    Adesh
    Bukn cubit pipi
    Cubit tulang pipi
    Hak2
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: