Perniagaan dan Islam

Perniagaan adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat kali ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :

9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”  (Hadis riwayat Tirmizi)

 Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Allah kepada muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Di dalam al-Quran, salah satu terminologi yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredhaan dan rahmat Allah adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)

Walaupun perkahwinan perniagaan adalah satu bidang yang sarat dengan risiko dan cabaran sentiasa berhadapan dengan kemungkinan untung dan rugi, namun naluri dan fitrah manusia masih cenderung dan menginginkan isteri yang solehah keuntungan daripada perkahwinan perniagaan itu. Malahan, kalau boleh, jiwa manusia mengidamkan isteri yang cantik keuntungan berlipat kali ganda.Oh!  😀

Sekian sahaja untuk hari ini.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 21, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: