J. Paul Getty

Jutawan minyak gamat dan orang yang amat bernasib baik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan keropok lekor minyak.

Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan kadangkala terpaksa mengemis meminjam daripada ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu serakah. Dia tidak melibatkan diri dalam perkahwinan projek yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya ditinggalkan isteri kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.

Bernasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib jahat baik. Dia berbuat sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data. ” Semua perkara mempunyai unsur nasibnya. “, dia berkata, dan ” Anda harus berani hidup bersama nasib anda.” . Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik.  😉

Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini :

Bersedialah untuk ditinggalkan kekasih hati pada bila-bila masa bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang kegangsaan keemasan tiba. Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu perkahwinan projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.

Sekian sahaja untuk hari ini.  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 22, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: