Chessaurus EX meraung di pasaran!

Hohoho! Alhamdulillah nampaknya CD Koleksi 50 Latihan Checkmate Chessaurus EX akhirnya sihat walafiat selamat dilancarkan dengan jayanya pada 23/11/2008 semalam.Syukur ke hadrat Allah kerana ia berjaya dilancarkan tanpa ada halangan yang besar.Terima kasih saya ucapkan kepada peminat-peminat saya semua krew yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan CD yang penuh konspiransi ini.Oh!  😀

Baiklah,sedikit ulasan daripada saya tentang CD Koleksi 50 Latihan Checkmate Chessaurus EX ini.Tiada apa yang berbeza,masih lagi dikeluarkan oleh Chessaurus Corporation.Cuma yang bezanya ialah ia dilancarkan agak lewat sedikit berbanding abang-abangnya yang terdahulu iaitu CD Pembelajaran Bukamainan Catur Chessaurus 1 dan CD Pembelajaran Perangkap Catur Chessaurus 2.Oh ya,dan harganya juga berbeza dengan yang sebelum ini.Jika yang sebelum ini RM15,lain pula ceritanya dengan Chessaurus EX.Walaupun berharga RM30,kualiti masih lagi dijaga bersesuaian dengan isi kandungan yang terdapat di dalamnya.Saya berani jamin di sini yang anda akan berpuas hati dengan isi kandungannya dan pasti akan berkata ” Wah Abg. Yus/Yusri hensem/matyus hebat/dan sebagainya,tak patutlah jual Chessaurus EX dengan harga RM30,sepatutnya jual dengan harga yang lebih tinggi! “. Oh tidak sama sekali,prinsip saya masih jelas,tidak mahu membebankan pembeli dengan harga yang mahal dan tidak munasabah. ‘Quality is better than quantity’ .Tidak ada gunanya meletakkan harga yang mahal tetapi tidak memuaskan hati pembeli.Saya rasa RM30 itu sudah teramat paling sangat berbaloi sekali dengan isi kandungannya.Ops,tatabahasa agak hancur di situ.Hehe.

Jadi kepada anda yang masih belum mendapatkannya bolehlah berbuat demikian sebelum Chessaurus EX ini mencecah jualan 200 unit dan harga akan dinaikkan selepas itu tanpa penuh belas kasihan.Oh! Bolehlah berbuat demikian dengan melawat ke http://chessaurus.wordpress.com .  😉

P/s : Nampaknya setelah bertungkus-lumus mengerjakan perniagaan,akhirnya saya akan merehatkan diri sebentar selama seminggu lamanya di Brunei.Hari selasa ni bertolak ke KL dan naik flight pada hari Rabu.Wii~ Jadi, kepada anda yang terserempak dengan saya di KLIA tu tegur-tegur la ek.Ada masa saya belanja minum.Hehe.  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on November 24, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: