Pulang dari Brunei

Wah,nampaknya blog ini menyepi untuk beberapa hari.Pertama sekali saya mintak maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak kemaskini blog Bizlimited ini.Sebenarnya saya tak dapat sambungkan laptop dengan internet kat Brunei sana.Memang agak tertekan juga saya rasa setelah seminggu lamanya berpuasa internet.Perniagaan saya pon banyak yang terbengkalai dan tak terurus.Fuh,banyak juga kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu saya lakukan setelah pulang bercuti dari Brunei.Adesh~

Nampaknya semangat saya untuk kembali menguruskan perniagaan semakin berkobar-kobar setelah bercuti merehatkan minda selama seminggu lamanya.Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya dapat sepanjang percutian saya di Brunei tersebut dan saya akan kongsi dengan anda semua di sini sedikit sebanyak setakat yang saya mampu.  😀

Untuk pengetahuan anda semua,$1 dollar Brunei bersamaan RM2.38 Malaysia.Di Brunei ni tak banyak sangat tempat-tempat menarik dan keluasan negara Brunei kecil sedikit daripada negeri Kelantan.Brunei hanya terdiri daripada 4 daerah sahaja!  😉

Antara tempat yang saya rasa unik adalah Masjid Jamek.Kubah masjid ini disaluti emas tulen yang saya anggar mencakupi RM500,000++ nilai keseluruhannya! Anda bolehlah datang melawat sendiri untuk mengalami sendiri ketakjuban senibina luaran dan dalaman masjid ini.Oh!

Makanan yang unik pula saya rasa ialah Nasi Katok.Sambalnya sungguh sedap sehingga menjilat ibu jari kaki.Fuh,kalau nak cerita kat sini memang tak kesampaian kesedapan yang saya cuba ketengahkan ini.Lebih baik anda kumpul duit banyak-banyak dan sendiri melancong ke sana.  😀

 

Owh ya,apa yang saya lihat di sini barangan elektronik murah-murah cuma bezanya hanya sedikit sahaja dengan harga di Malaysia.Kain sutera pula memang tersangat murah sehinggakan mak dan adik perempuan saya tersenyum sahaja sepanjang proses membeli-belah.Adesh,saya juga yang kena angkat semua kain-kain tersebut.GM Zulhilmi pula entah hilang ke mana menyorok.Isy2~ Jadi,amat berpotensi jika anda mahu import kain sutera daripada Brunei untuk dipasarkan di Malaysia.Saya nampak peluang pasaran ini begitu cerah jika diadaptasikan di Malaysia.Hohoho! Oh,hampir terlupa.Kain batik yang dijual di Brunei sungguh mahal sehinggakan ganda dua daripada harga asal di Kelantan.Jadi tunggu apa lagi,jom eksport kain batik Malaysia ke Brunei untuk dapat keuntungan berlipat kali ganda.Yeehaa!

Nampaknya setakat itu sahajalah kot perkongsian pengalaman saya di Brunei baru-baru ini.Nak cerita kesemuanya rasa tak munasabah pula.Jadi saya akhiri cerita saya setakat ini sahaja dahulu.Nak tahu lebih lanjut boleh add YM saya antibaxteria@yahoo.com .  😉

Sekian.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 3, 2008.

6 Responses to “Pulang dari Brunei”

  1. haha.. bro..
    cute je ngna kemeja ko..
    ap2 pn..
    selamat pulang bro..

  2. >> mr kedah

    Haha,kmeja style kasanova 2
    Adesh~
    😀

  3. aduh.nda ad souvenier dr sn?

  4. >> Atiah=)

    Wii~
    Sudh smestinya ade
    Tpi xbnyk
    Huhu
    😀

  5. memek ko mne????
    hehehehehe

  6. >> fatin

    Memek mnde plak ni??
    Adesh~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: