Ayuh membaca,sayang!

Ops,nampaknya tajuk post saya untuk hari ini mungkin sedikit sebanyak mengundang kontroversi di kalangan nenek-nenek bergaya gadis-gadis cantik di Malaysia.Oh! Sebenarnya saya sengaja berbuat demikian kerana saya sedang mencari-cari calon isteri yang paling bersesuaian dengan diri saya.Adesh,masih terlalu awal nampaknya untuk berfikir tentang itu.Mungkin saya akan berkahwin selepas tercapainya cita-cita saya untuk menjadi jutawan.Jangan risau,saya akan jemput anda semua datang ke majlis perkahwinan saya nanti.Hohoho!  😉

Baiklah,kembali kepada tajuk asal.Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat memikat perempuan yang betul membaca.  Mungkin juga ada di kalangan anda yang akan mengatakan “Ek eleh, aku dulu masa sekolah tak baca buku pun dapat straight A“, “Rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya.

Hakikat yang perlu anda terima ialah perkahwinan perniagaan perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perkahwinan perniagaan anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada Tok Imam seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan di blog-blog, forum, laman web dan sebagainya.Contoh yang terdekat ialah blog ini sendiri yang sarat dengan tips dan karenah perniagaan.Oh!  😀

Saya percaya dan yakin bahawa usahawan berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan cengkerik perniagaan. Anda boleh gali banyak info berkenaan perniagaan dengan menggunakan enjin carian dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan!

Salam cemerlang untuk semua pengunjung Bizlimited.  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 4, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: