Buku yang mengubah hidup

Diharap anda ceria sentiasa di musim kahwin ini.Jadi bulan ni mesti penuh jemputan kahwin dan juga tempat-tempat percutian yang ingin dilawat kan? Saya yakin, dalam bulan ni juga poket anda sedikit berisi kerana bulan ni juga anda akan dapat bonus-bonus gaji ( Perghh,saya sebenarnya tak ada pengalaman nak cakap pasal gaji-gaji ni :p ) Persoalan di sini adalah, ‘Adakah hidup anda sudah berubah sejak dari setahun yang lepas? Atau 5 bulan yang lepas? Atau sehari yang lepas? Perubahan kewangan yang macam manakah yang anda alami?’

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya yang kita tidak sedari baik dari segi perkahwinan kewangan dan sebagainya. Suka saya berterus terang, hidup saya banyak berubah sejak 4 tahun yang lepas. Bukan saja rutin harian biasa, malah akaun bank juga (kot).Kalau 4 tahun yang lepas, saya takkan menulis artikel seperti ini pun. mungkin saya berada di Billion bersama kekasih hati rakan-rakan sedang asyik melepak. Mungkin juga saya sedang menghabiskan masa dengan membaca komik Penyiasat Remaja.Entahlah,saya lupa.  😀

Tapi kini, hidup saya sudah pun berubah oleh kerana sebuah buku yang membuatkan saya teringin sangat nak jadi kaya melalui perniagaan. Perubahan akan berlaku jika kita mahukan dan jika kita mencari. Jika anda duduk diam sekarang, dan masih tidak berbuat apa-apa untuk menambahbaik kehidupan anda, berubah sekarang kerana anda perlu jadikan hidup anda lebih baik daripada sekarang.

You are the same today that you are going to be five years from now except for two things: the people you associated with, and the books you read – Charles Jones

Petikan diatas saya ambil daripada Presiden syarikat Life Management Services yang sememangnya terkenal dengan perniagaannya.Jika sekarang anda pakai Proton Wira, 5 tahun akan datang juga anda akan memakai Proton Wira. Jika sekarang anda kerja kilang, ya memang 5 tahun dari sekarang itulah juga pekerjaan anda.  😉

Apa yang dapat mengubah hidup anda adalah orang yang berada disekeliling anda dan juga buku yang anda baca. 2 benda ini sangat berkuasa dalam menentukan masa depan anda dan sebagai contoh, telah saya katakan tadi, hidup saya juga berubah setelah membaca ‘Rich Dad Poor Dad’ daripada Robert Kiyosaki. Walaupun buku tersebut menceritakan asas perniagaan sahaja, namun dengan ilmu yang ada dalam buku tersebut membuatkan saya bersemangat untuk ketahui dengan lebih mendalam lagi mengenai perniagaan.  😀

Boleh saya katakan buku tersebut sebagai batu loncatan saya untuk mengenali perniagaan besar yang sebenar. Saya kini sudah berubah dari 4 tahun yang lepas, iaitu ketika saya mula membaca buku tersebut.

Tapi, kini selepas bertahun menjalankan perniagaan bermula secara kecil-kecilan dan semakin berkembang sehingga menjadi 11 syarikat dengan kapasiti 5 Pengurus Muda,34 rakan kongsi perniagaan dan 3 pekerja.Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah saya dah boleh hidup dengan lebih baik daripada 4 tahun lepas, dan saya boleh tolong ibu bapa saya apa yang patut, dan saya harap anda pun begitu juga. Berusahalah untuk menambahbaik kehidupan anda dan hidup orang di sekeliling anda. Bacalah buku dan jika anda masih belum berjaya, dapatkan mentor supaya boleh membimbing anda menuju kejayaan.Oh!

P/s : Kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan di bawah bimbingan saya untuk mendapat sedikit sebanyak wang saku bolehlah emailkan kepada antibaxteria@yahoo.com . Saya sedia berkongsi ilmu perniagaan saya yang tidak seberapa ini.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 6, 2008.

2 Responses to “Buku yang mengubah hidup”

  1. skretari2.

  2. >> ciksengallll

    Sila amik borang di kaunter 11
    :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: