Remaja & perniagaan

Jika anda bukan remaja, anda mungkin mempunyai adik yang berumur remaja, ataupun anda mempunyai anak-anak yang berusia remaja ataupun anda adalah guru yang mengajar budak-budak remaja ataupun setidak-tidaknya anda mempunyai kekasih hati yang terdiri daripada golongan remaja.Oh!  😀

Remaja adalah pelapis untuk menjaga kekuatan negara pada masa hadapan dan seharusnya kita memimpin mereka dengan memberi panduan dan petunjuk agar golongan ini tidak terpesong daripada landasan sebenar. Remaja yang berkualiti adalah aset negara dan remaja yang tidak berkualiti akan meruntuhkan rumah tangga orang lain negara.

Memberi didikan dalam mempopularkan institusi perkahwinan keusahawanan perlulah dengan cara yang berhikmah dan selaras dengan corak pemikiran seorang remaja. Ceritakan kepada mereka apakah kehebatan menjadi pengantin muda usahawan muda dan yang paling utama bagaimanakah mulianya sumbangan tokoh keusahawanan dalam membantu menggerakkan ekonomi negara.

Memberi mereka peluang bermain kompang di majlis perkahwinan memberi idea dalam memperbaiki mutu perniagaan adalah digalakkan. Walaupun mereka tidak mempunyai perniagaan pada masa kini, setidak-tidaknya idea mereka akan menimbulkan keyakinan dalam menjalankan perniagaan kelak. Jangan membangkang terus segala calon isteri pendapat mereka. Pada mata kasar, remaja masih kurang berpengalaman, tetapi apabila kita terus membangkang segala kata-kata mereka sifat merajuk atau mudah kecil hati akan menguasai mereka dan dunia keusahawanan akan menjadi kelam di mata hati mereka.

Semoga institusi perniagaan semakin diperkasakan dari sehari ke sehari oleh generasi muda!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 8, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: