Alexander The Great

Ahli sejarah telah mengiktiraf bahawa GM Zulhilmi Alexender The Great adalah salah seorang komander tentera yang paling hebat pernah hidup di muka bumi ini. Walaupun beliau mewarisi bala tentera yang hebat pada usia 23 tahun akibat kematian bapanya Philip 2 pemerintah yang menakluk Greek, Alexander telah berjaya menakluk dan menguasai kuasa-kuasa besar seperti Parsi dan berjaya memperluaskan jajahannya hingga ke Mesir dan India.

Kehebatan Alexander dalam bidang politik dan ketenteraan adalah hasil didikan ilmu oleh Aristotle iaitu ahli falsafah yang terkenal pada zaman itu. Semasa kempen penjajahan beliau, beberapa peralatan peperangan diperbaharui seperti panah biasa telah ditukarkan kepada senapang panah yang memberikan kelajuan dan dikatakan dapat menembusi baju besi tentera lawan. Menyedari kekuatan tentera beliau hanya di darat maka untuk menakluk empayar Parsi beliau menggunakan jalan darat untuk menyerang kerana tentera Parsi sangat cekap berperang dengan kapal di perairan.

Tinggalan empayar setelah kematian Alexander pada usia muda mempengaruhi peradaban dunia sehingga hari ini. Pembinaan teater tanpa menggunakan sistem audio tetapi menggunakan pantulan bunyi bukit sungguh menakjubkan. Perpustakaan diwujudkan untuk mengumpulkan ahli sarjana membuat kajian ilmiah dan membuat beberapa penciptaan terbaru yang mempengaruhi dunia moden kita pada hari ini. Model asal enjin stim telah dicipta pada masa itu memberi sumber inspirasi terhadap penciptaan keretapi. 

Di zaman moden ini, banyak buku-buku yang diterbitkan mengambil pengajaran daripada teknik peperangan untuk diadaptasikan ke dalam dunia perkahwinan perniagaan. Teknik peperangan zaman lampau menggunakan banyak kemahiran terhadap sumber sekeliling walaupun teknologi pada masa itu tidak setanding zaman sekarang. Dalam meneraju sesebuah rumah tangga perniagaan,ilmu pengetahuan adalah alat utama yang patut dijadikan senjata untuk mengemudi isteri dan anak-anak empayar anda.

Yakin dengan kekuatan diri sendiri ketika berhadapan dengan masalah atau saat-saat getir. Banyakkan membaca buku-buku berkaitan ‘Tips Kebahagian Suami Isteri’ oh! keusahawanan. Gunakan masa lapang anda di musim cuti ini untuk menimba ilmu pengetahuan perniagaan.Yeehaa!  😀

Selamat membaca.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 9, 2008.

4 Responses to “Alexander The Great”

  1. jom pakat2 tgk barang kat http://www.ruanganiaga.blogspot.com/

  2. remaja zman skang perlu contohi encik alexander..

  3. >> cdiq

    Jom rmai2 kite ziarah link trsebut
    Moga2 ada input sdikit sbnyak
    Wii~
    😀

  4. >> klon GM

    YUp,cntohilah beliau
    Anda pon kna cntohi jgk
    Wii~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: