Dahaga

Hohoho,Selamat Hari Salji diucapkan kepada pelawat-pelawat Bizlimited yang beragama Kristian sekalian.Bersesuaian dengan keadaan semasa,saya telah mengubahsuai blog ini sedikit sebanyak.Jika anda semua teliti elok-elok,terdapat ketulan-ketulan salji yang turun di dalam blog ini tanpa henti.Wow,menakjubkan! Ops maaf,saya akan menyambung kembali tujuan asal artikel pada hari ini ditulis.Wii~  😉

“Ahhh bosan! Kursus sana, kursus sini, kursus tak habis-habis”

“Saya rasa tak perlulah pergi kursus tu tajuk hampir sama dah tahu dahh”

“Tak payah ajar saya, saya dah tahu!”

Begitulah rungutan seseorang yang sudah bosan dengan kekasih hati yang lama proses pembelajaran. Anda semua tentu sudah tahu bahawa proses pembelajaran adalah aset pelaburan yang penting bukan sahaja untuk kebaikan perniagaan, malah untuk pembentukan peribadi yang lebih baik. Jangan fikir yang diri kita sudah tahu segala-galanya. Jika perkara ini sentiasa berlarutan,perasaan sombong dan bongkak akan datang dalam diri kita. Harap dapat dijauhi sikap terkutuk ini.Nauzubillah~  😀

Sediakan minda anda dengan keinginan untuk belajar tidak kira apa jua perkara walaupun perkara hampir sama seperti yang telah dipelajari. Sebelum ini kita sudah belajar cara memikat hati perempuan cantik berniaga daripada saudara A, apa kata hari ini kita belajar topik yang sama daripada saudara AAA pula. Dan lusa jika kita berjumpa rakan baru yang juga mengajar topik yang seakan-akan sama,janganlah mengeluh. Mungkin tajuk adalah sama tetapi pendekatan pembelajaran adalah berlainan sama sekali.

Selain daripada itu juga,anda hendaklah meletakkan di dalam minda dan perasaan anda untuk sentiasa dahagakan ilmu sama seperti kita dahagakan air sewaktu selepas bersukan bersama kekasih hati. Dapatkan bahan bacaan ketika ada masa lapang, menunggu kekasih hati rakan yang lewat datang, waktu rehat ataupun di dalam kenderaan awam. Peruntukkan sedikit wang untuk membeli hadiah kepada kekasih hati bahan bacaan ilmiah yang membentuk keperibadian yang mulia. Pelbagaikan bahan bacaan, bukan sahaja tertakluk kepada bidang yang diceburi. Ini menjadikan minda dan pemikiran kita akan sentiasa bertambah luas dan tidak terhad hanya kepada sesuatu bidang.Sama-samalah kita muhasabah diri ke arah jalan kecemerlangan.  😀

P/s : Setiap bulan saya memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan berkaitan perkahwinan sebagai persedian masa hadapan.Oh! (Gurauan semata-mata) :p

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 14, 2008.

8 Responses to “Dahaga”

  1. nice salji.

  2. >> ciksengallll

    Huhu
    Thanx cik
    😀

  3. shanteknyer snow ~

  4. sentuhan yg menarik!
    SALJI!
    weeee~

    dan ye, mari belajar!!
    😀

  5. >> miss rara

    Thanx
    Snow yg sbenar lgi cntik dri virtual ni
    Ngee
    😀

  6. >> senbe???

    Haha!
    Aku sentuh sume jd mnarik
    Ngee
    :p

    Wah,jom blaja!
    Smangt btul
    Wii~
    😀

  7. ingt sonata musim salju ke??
    huhu~:P

  8. >> iera bajet lana

    Ini bukn blog jiwang sperti yg dsangkakan
    Hua3~
    :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: