Statistik Chessaurus

Ehem ehem,artikel pada kali ini adalah sekadar ingin menceritakan sedikit sebanyak kepada anda semua berkaitan dengan salah satu syarikat yang dinaungi oleh saya.Tidak lain dan tidak bukan ia adalah Chessaurus Corporation yang pada saya rasanya sudah tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar yang terlibat aktif mahupun tidak di dalam arena catur. Kata orang yang hangat bercinta, ‘tak kenal maka tak cinta’ .Baiklah, saya akan teruskan dengan tujuan asal artikel ini ditulis.Oh!  😉

Chessaurus Corporation telah ditubuhkan dengan jayanya selepas saya selesai menduduki peperiksaan SPM iaitu pada 15 Disember 2007 dan nampaknya telah menjengah setahun umurnya.Pada mulanya hanya diterajui oleh 2 orang pemegang saham iaitu saya dan GM Zulhilmi dan kini, GM Laila dan GM Aiman turut terlibat sama dalam menjayakan syarikat.Hoho!  😀

Setakat ini Chessaurus Corporation telah melancarkan 3 produk dengan jayanya dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.Alhamdulillah,rezeki semuanya datang daripada Allah dan saya bersyukur kerana Chessaurus Corporation adalah satu-satunya syarikat peneraju di Malaysia yang terlibat aktif dalam membangunkan software catur buatan Malaysia.Tentu anda semua terkejut bukan? Hakikatnya memang jelas,tidak banyak syarikat yang ingin terlibat dalam memartabatkan industri catur dan peluang keemasan ini saya gunakan dengan sebaik-baiknya tepat pada masa.  😀

Berikut merupakan statistik jualan produk-produk Chessaurus Corporation :

[+] Chessaurus 1 – 143 unit telah terjual
[+] Chessaurus 2 – 102 unit telah terjual
[+] Chessaurus EX – 86 unit telah terjual

Nampaknya pihak Chessaurus Corporation tidak akan berhenti setakat ini sahaja.Pada hari ini,14/12/2008 telah dilancarkan 1 lagi produk baru yang akan menggegarkan pasaran catur tempatan buat kali ke-empat iaitu Pakej A+ Versi 3.0 .Harga untuk produk ini amat berpatutan iaitu RM50 sahaja.Antara isi kandungannya ialah :

[+] CD Pembelajaran Bukamainan Catur Chessaurus 1
[+] CD Pembelajaran Perangkap Catur Chessaurus 2
[+] CD Koleksi 50 Latihan Checkmate Catur Chessaurus EX

Belum cuba belum tahu.Dapatkannya segera di sini kerana harga akan dinaikkan apabila Pakej A+ Versi 3.0 ini telah terjual sebanyak 200 unit! Oh tidak!

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 14, 2008.

2 Responses to “Statistik Chessaurus”

  1. jauh cite2,,,
    gud2,,,
    huhu~:P

  2. >> iera bajet lana

    Ngee~
    Thanx cik!
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: