Syiling yang penuh konspiransi

Diharap anda semua dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar daripada cerita yang akan saya kongsikan pada kali ini.Owh ya,abaikan gambar di atas kerana cerita yang ingin diceritakan oleh saya pada hari ini tidak berkaitan dengan aktiviti cari gali syiling lama mahupun aktiviti membilang pasir sama sekali.Tiada yang benar melainkan yang benar.Jadi,sila benarkan saya untuk menyambung cerita saya yang penuh konspiransi ini.Huha!  😀

Pada permulaan tahun ini rakan saya Encik A (bukan nama sebenar) telah memasang azam untuk menyimpan RM1 setiap hari sebagai tabung simpanan yang akan digunakan pada masa yang mendesak. Beliau membeli tabung ayam dan disimpan di dalam bilik tidur sebagai perancangan azam beliau. Malangnya setiap hari beliau menangguhkan perancangannya kerana pelbagai masalah. Tetapi beliau terus berangan-angan untuk menyimpan RM1 satu hari kelak apabila masalahnya telah selesai.

Manakala Encik B (bukan juga nama sebenar) mempunyai azam yang sama.Beliau juga membeli tabung tetapi bukanlah tabung ayam malahan adalah tabung Spongebob yang diletakkan di bilik tidur. Setiap hari beliau memastikan agar menyimpan RM1 sebagai pelaksanaan azamnya apabila pulang dari kerja. Beliau mendisplinkan diri supaya pelaksanaannya betul-betul mengikut jadual. Ada ketika beliau tidak dapat menabung kerana menghadapi masalah tertentu, tetapi pada keesokkannya beliau akan menggantikan semula mengikut jumlah tertunggak.

Kini sudah hampir genap 12 bulan tahun 2008 akan berlalu tidak lama lagi. Tabung Encik A penuh dengan azam, cita-cita dan perancangan. Tetapi tabung Encik B pula dipenuhi dengan wang syiling yang disimpan hasil usaha dan displin yang telah dilakukan semanjak awal tahun. Laksanakan perancangan anda dan jangan bertangguh lagi!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 14, 2008.

2 Responses to “Syiling yang penuh konspiransi”

  1. pantai mn tu ah?
    lawa.

  2. >> Atiah

    Ntah lah
    Sy pon xtaw nama pntai 2
    Ngee~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: