Sesuap nasi yang mendesak

Membaca kisah-kisah biografi playboy usahawan yang berjaya memberi kita satu idea bagaimana desakan hidup untuk mencari wanita-wanita cantik sesuap nasi juga mampu mengubah hidup seseorang untuk berubah menjadi playboy usahawan yang berjaya. Sebahagian daripada kisah usahawan-usahawan ini menceritakan pahit maung hidup mereka ketika masih kecil dan daripada kesulitan ini mendesak fikiran mereka untuk mengubah taraf hidup keluarga suatu hari nanti.  😉

Apa yang ada di fikiran mereka adalah satu sahaja, untuk keluar daripada kepompong kesusahan. Mereka tiada pilihan kecuali bekerja bersungguh-sungguh mendapatkan duit dan mengembangkan lagi perniagaan mereka sedikit demi sedikit semoga keluarga mereka tidak lagi diselubungi dengan misteri nusantara kepayahan hidup.

Bagaimana pula dengan anda yang datang daripada keluarga sederhana ataupun yang berada? Adakah kesenangan ini boleh mendesak anda bekerja 18 jam sehari? Orang yang berdarjat sederhana ataupun yang kaya mempunyai banyak pilihan untuk memilih calon isteri yang bersesuaian meneruskan kehidupan. Sebagai contoh : simpanan sendiri, pekerjaan makan gaji, harta peninggalan keluarga ataupun dengan mewarisi perniagaan keluarga.

Oleh yang demikian bagi golongan dari kategori yang mampu dalam hidup, mereka perlu memberi desakan kepada diri sendiri agar keluar daripada kepompong kesenangan kerana kemewahan yang berlebihan akan menyebabkan daya juang atau jati diri akan luntur dalam diri mereka. Belajar berdiri di atas kerusi meja kaki sendiri (berdikari lah) kerana apabila mewarisi perniagaan keluarga kelak adalah tugas yang betul-betul mencabar untuk dikembangkan! Oh!

Salam cemerlang untuk semua pengunjung Bizlimited.  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 15, 2008.

3 Responses to “Sesuap nasi yang mendesak”

  1. haha,,lucunyer,,,:P

  2. >> iera bajet lana

    Jngn gelak kuat2~
    Nnti jiran2 dngr
    Isy2~
    :p

  3. (org lain cakp)x pe2,,,
    hilaian yg menarik,,,
    huhu~:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: