Cekap bertugas

Sebelum kita pergi jauh dalam membincangkan perihal pengurusan rumah tangga syarikat gergasi, eloklah dahulu jika kita melihat kemahiran kecekapan bekerja diri kita sendiri. Jika kita sendiri tidak cekap ketika bekerja bagaimana pula hendak mengetuai isteri dan anak-anak pasukan yang mempunyai beribu malah puluhan ribu pekerja di serata dunia? Hmm…  😉

Antara kecekapan yang ingin dibincangkan di sini ialah bagaimana untuk berurusan dan melayani kerenah pelanggan muda yang cantik. Ia bermula apabila kita menerima permasalahan daripada pelanggan, menyelesaikan permasalahan pelanggan dan memaklumkan kembali keputusan kepada pelanggan. Kecekapan menyelesaikan masalah dengan pantas adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dengan betul. ( Kaum wanita suka kepada lelaki yang cekap mengurus rumah tangga.Oh! )

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia bukanlah satu kerja yang mudah kerana masalah bukan hanya satu / dua  / tiga malahan berpuluh-puluh dalam sehari! Oleh yang demikian,meletakkan keutamaan dalam menyelesaikan kerja-kerja harian perlulah di titik beratkan. Lebih-lebih lagi jika kita seorang sahaja yang menjadi peneraju dalam syarikat, tentu memenatkan pada permulaannya.Pheww~

Pelanggan adalah penyumbang utama pendapatan kepada kita. Jika pelanggan tidak suka dengan barangan atau perkhidmatan anda, mereka akan pergi jauh daripada perniagaan anda. Melayani permasalahan pelanggan memang memenatkan, tetapi jika kita dapat memenuhi kehendak mereka dangan cepat dan pantas, tidak dapat disangkal lagi bahawa mereka adalah ‘ejen pemasaran’ barangan atau perkhidmatan anda secara senyap.Huha!  😀

Selamat memasuki tahun 2009 diucapkan kepada semua pengunjung Bizlimited.

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 16, 2008.

3 Responses to “Cekap bertugas”

  1. buaye,,,

  2. >> iera bajet lana

    Ape kaitan??
    Isy2~

  3. tiade kaitan d antara
    yg hidup dngn yg mati,,,
    huhu~:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: