Cari gali alasan

Berbeza dengan sifat orang yang sudah berkahwin berjaya, orang yang bujang gagal akan mencari beribu-ribu alasan atau penyebab kenapa dia gagal memikat wanita idaman. Dia akan menyalahkan produknya yang tidak setanding dalam pasaran, kemahuan pasaran yang tidak menepati penawaran perkhidmatannya, pekerja-pekerja yang tidak produktif dan ada kalanya menyalahkan pasaran dunia yang mengakibatkan kegagalan perniagaannya 100 peratus.

Lebih dahsyat lagi ada yang menyalahkan ibu bapa yang tidak memberi tunjuk ajar, jiran yang tidak membantu menggunakan perkhidmatannya,kekasih hati yang tidak memberi galakan semangat, ketua kampung yang tidak memberikan projek dan kerajaan yang tidak memberi subsidi. Mereka yang gagal sentiasa berfikir, tetapi apa yang mereka fikirkan ialah sebab-sebab kenapa mereka tidak boleh lakukan dengan penuh kejayaan. Halangan minda adalah sahabat karib orang yang gagal. Itulah sebabnya awal-awal lagi mereka telah menyediakan pelbagai alasan yang muna’sabah’ mahupun muna’sarawak’ kenapa mereka gagal walhal belum mendapat keputusannya lagi.Ops,Muna atau Mona yang diceritakan di sini tiada kaitan sama sekali dengan calon isteri saya

Kami di Bizlimited Corporation sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain bahawa seorang usahawan yang berjaya sentiasa mencari peluang dan orang yang gagal sering mencari alasan!

P/s : Jangan cakap berapi tapi asap banyak bhai.Huha!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 19, 2008.

3 Responses to “Cari gali alasan”

  1. ok la chaiyyok2!!
    ;D

  2. >> iera bajet lana

    Sankyuu~
    😀

  3. adakh anda guna
    bhsa org asli??
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: