Konsistensi itu penting lah

Ramai yang memulakan sesuatu pada awalnya dengan penuh kejayaan dan ramai juga yang tidak dapat mempertahankan kebahagiaan rumah tangga kejayaannya sepertimana permulaannya. Jangan terikut-ikut dengan kejayaan orang lain tetapi anda hendaklah mencipta kejayaan anda sendiri. Tidak tetap dengan pendirian merupakan dugaan yang sering dihadapi oleh sebilangan kekasih yang baru bercinta usahawan yang baru bermula.Hmm..  😉

Semasa zaman permintaan arnab yang tinggi suatu ketika dahulu ramai yang ingin menceburi bidang ternakan ini.Kemudian timbul pula perniagaan kulat mereka semua ini sekali lagi berduyun-duyun menanam kulat. Dan kini pula perniagaan cacing ada dimana-mana sahaja dengan menawarkan pelbagai insentif. Maka kelompok yang tidak tetap dengan pendirian dalam perniagaan ini sekali lagi berganding bahu bersama-sama mengejar kejayaan orang lain. Dan ada juga kes yang lebih malang selepas melompat dari satu perniagaan baru kepada perniagaan baru yang lain, mereka yang kurang bernasib baik ini akhirnya hanya bekerja makan gaji sahaja.Oh tidak,ini sememangnya betul-betul berlaku kepada rakan-rakan perniagaan ayah saya suatu ketika dahulu! Hai blalang,dah nasib badan…( tona kata diceduk 100% daripada filem P.Ramlee.Jangan marah ye,nanti kena jual.  :p )

Dalam membicarakan perihal istiqamah dalam perjuangan, sebagai Mat Romeo usahawan yang sejati kita perlulah memfokuskan kepada perniagaan utama sebagai teras dan melihat kemajuan perniagaan utama sebagai kekasih hati yang manja dan mudah merajuk yang perlu dibelai hari demi hari.Oh!  😀  Apa akan jadi jika kita menukar pelbagai perniagaan? Ia sama sahaja seperti kita menukar kekasih hati dan tentulah kekasih hati itu tidak tercapai hasrat untuk dijadikan isteri yang sah! Nauzubillah.  😀

P/s : Jagalah perniagaan anda sebagaimana kekasih hati anda menjaga soal kehidupan anda.Oh!  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 23, 2008.

3 Responses to “Konsistensi itu penting lah”

  1. ceh!!
    power ayt!!
    blaja kt ne??
    huhu~;)

  2. >> iera bajet lana

    Blaja kat INTI College
    *kurg tepat jwpn ini rsenye*
    😀

  3. mmg x tepat,,,
    huh!!ape da,,,
    x tepat pun x pe,,,
    (kite tnye dia agii,,)
    1.INTI College 2 kt ne???
    2.College utk wat inti karipap ke???
    3.x femes pun,,,huhu~
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: