Peluang yang terbentang

 

Baiklah,pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua 1 kisah rumah tangga kejayaan seorang businessman yang merupakan salah seorang rakan perniagaan kepada bapa saya.Diharap post pada kali ini dapat meningkatkan lagi tahap motivasi anda dalam usaha untuk memajukan perniagaan dengan jayanya.Hohoho!  😀

Selepas menamatkan pelajaran universiti, Wan Ismail (bukan nama sebenar) bekerja dengan syarikat perkapalan yang ber ibu pejabat di Klang,Selangor. Beliau ditugaskan untuk memantau proses kemasukan barangan import yang datang dari serata dunia. Semasa bertugas sebagai eksekutif beliau dapat mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan perkapalan, jauh sekali daripada bidang pengajiannya yang diambil semasa di universiti.

Keramahan dan kesungguhan beliau semasa bekerja menyebabkan beliau dapat mengenali pelbagai orang yang berpengalaman luas dalam kerjaya ini. Daripada sini beliau mula mencari peluang-peluang yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang perkapalan kerana bidang ini menjanjikan tukaran matawang asing yang tinggi nilainya.

Beliau tahu bahawa apa-apa bidang perniagaan yang berurusan dengan bidang perkapalan mendapat bayaran tinggi kerana syarikat perkapalan adalah syarikat yang besar dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk membuat bayaran. Tidak kira walaupun kita mengambil kontrak mencuci pakaian anak kapal, hasilnya adalah berlipat kali ganda!  Hasil kajian selama 3 tahun beliau menjumpai satu peluang perniagaan iaitu ‘Tuck Boat’ !

Selalunya kapal-kapal yang mendarat di pelabuhan akan menggunakan dermaga untuk memberhentikan kapal memunggahkan barang masuk atau keluar dari kapal. Selepas itu kapal itu perlu keluar untuk memberikan laluan kepada kapal lain untuk menggunakan ruang tersebut. Sekiranya kapal itu perlu berhenti untuk jangkamasa lama, mungkin atas faktor baikpulih enjin atau mereka telah berlayar dalam tempoh yang lama, mereka perlu meletakkan kapal jauh sedikit daripada pelabuhan.  

Dan pada ketika ini tuck boat berfungsi. Membawa anak kapal ke pelabuhan, menghantar bekalan makanan atau air,mengambil baju atau pakaian untuk dibersihkan, memperbaiki peralatan kapal yang rosak dan lain-lain. Melalui kenalan dari Singapura, Wan Ismail berjaya meminjam tuck boat dengan bayaran sewa yang berpatutan. Maka bermulalah operasi perniagaan beliau setelah 4 tahun bekerja makan gaji.

Kini perniagaan Wan Ismail bertambah maju dan beliau sudah mampu membeli tuck boat sendiri untuk memperbesarkan lagi perniagaan beliau. Mempunyai pejabat di Subang Jaya dan beliau sedang merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dalam industri perkapalan. Syabas dan tahniah atas kejayaan yang beliau telah tunjukkan.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 28, 2008.

3 Responses to “Peluang yang terbentang”

  1. my mum punyer
    fren pun bisness gak,,,
    ade ship sndiri tau,,,
    maju2,,,
    ish2,,,

  2. >> iera bajet lana

    Hoho!
    Bleh la kasi kontrak bsnes kat sy skit
    Kite wat join venture
    Ngeh3
    😉

  3. hoho~
    bleh gak,,,
    huhu~
    p/s:org yg tdk brtauliah dlm bisnes tdk akn mndpt kontrak,,,
    :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: