Simpanan berharga

Hohoho,makhluk pelik di bawah ini telah dijumpai berkeliaran di dalam rumah saya dengan penuh tidak bersalahnya.Mungkin ini dapat diklasifikasikan sebagai salah satu simpanan berharga agaknya.Oh!  😉

‘Sediakan payung sebelum hujan’. Begitulah peribahasa yang biasa ditulis atau diucapkan dalam kehidupan kita. Ia bermaksud kita perlu membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini dalam kehidupan kita. Banyak perkara yang kita perlu lakukan persediaan sama ada kita sedar ataupun tidak. Kita perlu mengisi petrol sebelum memulakan perjalanan,mengumpul duit secukupnya untuk berkahwin,mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan, melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya bersama kekasih hati dan sebagainya.

Persediaan perkahwinan kewangan juga adalah salah satu keperluan yang kita tidak boleh abaikan. Kita akan menghadapi 1001 kesulitan jika tidak melakukan persediaan kewangan yakni melakukan simpanan. Musibah yaang datang tidak akan mengira usia perkahwinan umur seseorang. Dikala musibah telah datang penyesalan tidak bermakna lagi. Masyarakat kita telah lama mempunyai budaya menyimpan wang. Lihat saja filem Bujang Lapok lakonan Tan Sri P Ramlee, semasa rumahnya terbakar akibat perbuatan khianat Syarif Dol,beliau menyesal tidak sudah, bukan kerana rumah terbakar tetapi memikirkan wang untuk pernikahannya yang terbakar. Tetapi mujurlah sebelum kejadian itu berlaku,Cik Salma sempat menyimpan wang di pejabat pos. Dalam babak ini pejabat pos berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka berdua.Oh,sungguh romantik!  😀

Oleh yang demikian budaya menyimpan wang perlu disemai kepada semua remaja yang mempunyai kekasih hati lapisan masyarakat. Banyak institusi kewangan masa kini menyediakan produk simpanan yang menawarkan pelbagai manfaat. Elakkan budaya berbelanja melebihi pendapatan. Setiap hasil titik peluh yang kita usahakan setiap hari mestilah dinikmati oleh diri kita sendiri dahulu sebelum dinikmati oleh kekasih hati orang lain.

P/s : Jangan biarkan diri anda diperbodohkan oleh makhluk-makhluk pengikis wang yang sentiasa mencari peluang untuk mengikis wang anda sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh anda.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 28, 2008.

7 Responses to “Simpanan berharga”

  1. oi,b le ni
    nk kawen??
    hrp2 cpt2 la kawen,,,
    huhhu~

  2. >> iera bajet lana :p

    Haha
    Nape anda mnyibuk tentang soal kwin sy
    Bz body btul la
    Isy3~
    :p

    Sy djangka kwin 8-9 tahun lgi
    Jngn lupe dg knduri taw
    Ngeh2
    😀

    P/s:Calon xde lgi.Huhu~

  3. <<iEra is lana;P
    semestinye daku dtg,,,
    chaiyok3!!!
    jgn biarkn diri anda dikikis duitnye,,,
    huhu~

  4. >> iera bajet lana

    Ngee~
    Duit dikikis dengan mnggunakan kertas pasir sngguh menyakitkan
    Hua3~
    😀

  5. mai nk tlng promote,,,
    “sesiapa yg ingn cari calon suami sila daftr kt c ni ye,,,,sekian,
    harap maklum..”(
    ~(8-9 thn menunggu)…tiade org pun yg nk daftr,,harap maaf.
    huhu~
    😛

  6. >> iera bajet lana

    Oi oi!
    Ade ke pomot kat cni plak
    Ni blog bsnes bukn blog cari jdoh
    G pomot tmpt laen daa..
    Isy2~
    😀

  7. ye,ye
    hahaha
    ape da ayt,,,
    slalu trsasul,,,
    huh!
    pergh~
    :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: