Ada apa dengan hartanah?

AMARAN KERAS : Anda dinasihatkan untuk tidak membaca artikel ini di dalam suasana yang gelap kerana dikhuatiri akan dikuasai oleh imaginasi yang terlampau.Membaca di dalam gelap boleh mengakibatkan kerosakkan mata.Sila baca di tempat yang terang.Sekian,terima kasih.

Musim kahwin empat kegawatan ekonomi sedang melanda teruk negara Amerika dan benua di Eropah.Tempiasnya turut serta dirasai oleh negara kita. Singapura adalah negara terawal yang menerima kesan buruk ini kerana ekonomi mereka banyak bergantung kepada ekonomi serantau Amerika dan Eropah. Dan di waktu ini juga kita ada mendengar desas-desus daripada pakar pelaburan hartanah bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk memulakan pelaburan hartanah kerana banyak harga hartanah akan jatuh menjunam daripada harga pasaran normal. Tentu ada yang berkata :

1.“ Saudara Irfan Khairi bolehlah invest sekarang.Dia taraf jutawan.2 bulan income dia sahaja dah boleh beli condo mewah di KL secara tunai.Saya pun teringin beli hartanah tapi income sebulan RM1800 camnooo bhai ”.
2.“Saudara Azizi Ali boleh lah beli.Dia pilot,bro.Sebulan gaji dia dah boleh buat downpayment beli property RM300k.Gaji besar takde masalah nak apply loan.Saya pun teringin jugak nak beli hartanah tapi gaji sebulan RM1800 boleh lepas ke loan,lampin anak pon hutang”
3.“GM Yusri boleh lah beli, dah 4 tahun dalam bisnes.Saving dan income pun dah banyak.Saya pun teringin beli hartanah tapi kekurangan itu dan ini lagi.”

Salah satu cara bijak yang difikirkan oleh saya untuk merebut peluang ini adalah dengan cara pembelian hartanah secara berjemaah.Ya,betul! Jangan ingat sembahyang dan pergi ke tandas sahaja boleh berjemaah tau.Anda boleh membuat pembelian hartanah atas nama bersama.Lebih selamat jika membeli dengan kekasih hati tersayang kelompok adik-beradik ataupun keluarga (Bapa + Ibu + Anak). Ini secara tidak langsung dapat merapatkan ikatan kekeluargaan disamping boleh dijadikan pelaburan keluarga yang menjanjikan peluang yang cerah. Cara ini sebenarnya telah banyak diaplikasikan oleh kaum Cina di negara kita ketika mereka ghairah dalam menambahkan koleksi hartanah.Oh,saya tidak mendapat formula ini secara senang ya.Terpaksa belanja makan seorang ahmoi cantik dan berborak hampir 2 jam mengenai perniagaan barulah rahsia ini terbongkar dengan tidak sengaja! Jadi saya kongsikan kepada anda semua dengan senang hatinya kerana matlamat saya adalah untuk melihat bangsa Melayu maju dan megah di mata dunia.Yeeha!  😀

Nabi Muhammad pernah bersabda :

” Kamu tidak akan digelar sebagai orang yang berjaya jika orang disekeliling kamu tidak turut serta berjaya. “

Pastikan perjanjian dan beberapa isu diterangkan dengan jelas sesama ahli untuk mengelakkan perselisihan faham berlaku selepas pembelian kelak. Walaupun skop keuntungan adalah sedikit tetapi melalui cara ini anda boleh merasai sendiri keghairahan malam pertama dalam menguruskan pelaburan hartanah apabila ingin membida dan membeli sebagai koleksi peribadi kelak.

P/s : Saya target 5 tahun lagi saya akan membeli 10 ekar tanah ladang untuk dimajukan sebagai tapak projek agrikultur yang julung-julung kalinya dalam hidup saya.5 tahun lagi bermaksud saya berumur 23 tahun dan nampaknya masih mentah dalam soal perkahwinan.Oh!  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 29, 2008.

8 Responses to “Ada apa dengan hartanah?”

  1. aik??
    cepat nye create,,,
    huhu~
    ape da trsasul ayt kt ats nun!!
    huh!!
    😛

  2. >> iera bajet lana

    Hoho!
    Biaselah,ni GM Yusri kn
    Mne create lmbt2
    😀

    Perghh~
    Ape yg trsasul plak ni?
    Sume brada dlm keadaan trkawal
    Huha!
    😉

  3. huhu~
    GM *****,,,
    bagus krn anda mnghrgai diri anda
    sendiri,,,
    😛

    dlm keadaan trkawal ke???
    huhu~
    (ayt yg ditutup)
    prlu kawen awal ni,,,
    yahoo!!
    ;P

  4. ntah..gi la kawin2 nun

    http://ruanganiaga.blogspot.com

  5. >> cdiq & iera bajet lana

    Ok2~
    Baeklah,esk sy kwin
    Haha!
    😛

  6. yahhouuu!!!
    😀

  7. >> iera bajet lana

    Jngn lupa beli hadiah mahal2 taw
    Hoho!
    😀

  8. bereh!!!
    huhu~
    😛
    6t kawen bg tau erk!!!
    jgn lupa k…
    huhu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: