Jauh memandang luas perniagaan

Sememangnya tugas membina empayar percintaan perniagaan bukanlah suatu kerja yang mudah. Banyak rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh insan yang bernama usahawan sebelum mengecapi kemanisan rumah tangga kejayaan. Bermula dengan syarikat bersaiz kecil, maju setapak ke saiz yang sederhana dengan memiliki berpuluh atau beratus pekerja dan pergi lebih jauh dengan memiliki aset perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Begitulah perjalanan yang harus diimpikan hari demi hari.

Tiada jalan singkat dan mudah dalam menuju ke destinasi tersebut.Hanya kesabaran dan usaha yang gigih yang perlu dilaburkan setiap hari. Perlu diingat ini adalah satu perjalanan yang jauh dan seorang usahawan perlu berfikir lebih jauh daripada perjalanan yang harus ditempuhinya. Sememangnya sukar untuk dizahirkan makna ini dengan perkataan, melainkan anda menceburi bidang ini sendiri dan anda boleh betul-betul merasai keadaannya yang cukup mencabar jiwa.Oh!  😉

Seseorang usahawan perlu merancang pentadbiran yang lebih cekap apabila saiz perniagaannya membesar hari demi hari, memperbaiki mutu perkhidmatan untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan yang cantik dan berseri,mencari peluang-peluang perniagaan atau pelaburan baru untuk mengembangkan empayar perniagaan,sentiasa melihat persaingan yang ada disekeliling dan melakukan persediaan rapi apabila berlakunya perkara yang tidak disangka.

Ambil masa tidak kurang daripada 1 jam untuk memikirkan sendiri atau bersama dengan pasukan anda. Dengar pandangan dan luahan yang diberikan oleh orang lain kerana kita sebenarnya lebih banyak belajar dengan mendengar daripada bercakap.

P/s : Pandanglah jauh ke dalam anak mata kekasih hati anda apabila inginkan kekuatan tambahan untuk menguruskan perniagaan.Huha!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 30, 2008.

4 Responses to “Jauh memandang luas perniagaan”

  1. CIS!!
    ade ke ptut suh wat cam2!!
    huh!!
    😛

  2. >> iera bajet lana

    Itu hnyalah saranan sy yg merapu shja
    Skdar mncetuskan konspiransi
    Hua2~
    😀

  3. gud2..saranan ayat yg ‘merapu’ yang bijak..ada maksud yg tersirat disebalik kata2 ni..sape2 yg xfhm leh belek kamus dwibahas idnonesia muka surat 14 yer.. heheheh..
    cahayok2..

  4. >> ain aishah

    Ade jalan singkat
    Rujuk ke kamus dewan edisi tamil
    Mukasurat 1
    InsyaAllah xjumpa
    Hua2~
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: