Teknik menjawab telefon

Bagi seseorang usahawan,ada ketikanya kita akan menerima panggilan daripada bakal pelanggan yang ingin melakukan pembelian. Ada satu kisah dimana rakan kepada rakan saya telah mendapat satu risalah dan beliau berminat terhadap produk yang ditawarkan. Lalu beliau menelefon nombor yang terdapat dalam risalah itu untuk membuat pertanyaan dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk membuat belian.

Apa yang dijawab oleh usahawan tersebut ialah : “ Maaf Encik, saya tengah makan, boleh call nombor yang satu lagi tak ”. Dijadikan cerita apabila dihubungi pula rakan niaga beliau, apa yang dijawabnya ialah : “ Maaf Encik saya,sedang sibuk, boleh call saya balik “

Ini adalah sikap dan cara percakapan yang seharusnya kita jauhi dan ubah serta-merta sekiranya anda ingin menjadi kekasih hati yang romantik usahawan yang berjaya. Memang diakui di pusat pengajian tinggi kita tidak diajar untuk menjawab panggilan kekasih hati bakal pelanggan.Blog Bizlimited berasa bertanggungjawab sedikit sebanyak untuk berkongsi tips dan sikap usahawan yang berjaya mengikut definisi praktikal yang berlaku di alam realiti perniagaan.  😉

Menjawab panggilan kekasih hati bakal pelanggan adalah rezeki yang tidak dapat disangka.  Jawab dengan tenang, suara yang lembut dan menggoda walaupun kita sedang menyuap nasi. Bersikap professional dalam menjawab panggilan. Jangan campur adukkan perasaan di dalam urusniaga. Pelanggan tidak mahu mendengar rintihan masalah rumah tangga anda.Apa yang pelanggan mahu adalah produk yang ditawarkan. Antara jawapan yang dicadangkan agar bakal pelanggan akan rasa selesa untuk berusniaga semasa membuat panggilan ialah seperti berikut :

“Maaf Encik saya dalam meeting, boleh saya dapatkan nama dan nombor telefon Encik, saya akan hubungi Encik selepas meeting kelak“.

Sekian sahaja untuk hari ini.Salam cemerlang untuk semua pengunjung blog Bizlimited.Huha!  😀

P/s : Amalkan gaya sihat ketika menjawab telefon.Ibaratkan seperti anda sedang menjawab panggilan telefon kekasih hati anda menggunakan tona kata yang lembut dan mendayu-dayu.Oh!  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on December 31, 2008.

6 Responses to “Teknik menjawab telefon”

  1. ,,,,,,,,,,,,,,,

  2. >> iera bajet lana

    ???

  3. saja tlg penuhkan ruangan komen

  4. >> hariz hazwan

    Bgus2
    Ingtkn nk kongsi pndangan
    Isy2~
    😛

  5. idea n tips yg jitu..leh dikembangkan lg tips2 ni..
    sy ada 1 tip teknik jwb telefon..

    ” Maaf encik sy sdg tidur, sila tinglkn pesanan n no fon kwn encik yg hensem2 bleh sy call nanti.”
    mesti pelanggan tu terkejut dan ternganga…

  6. >> Aishah

    Haha
    Ni dpanggil gejala TBB
    Ala2 pnyakit TB
    (Tak Bleh Blah)
    Hua2~

    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: