Beli dan belah

Aktiviti jualan mempunyai perkaitan yang rapat dengan belian. Apabila kita menjual bermakna kita menawarkan barangan atau perkhidmatan. Dan apabila kita membeli bermakna kita meminta barangan atau perkhidmatan. Oleh yang demikian penawaran dan permintaan akan mengubah struktur harga barangan tersebut.

Sejak zaman dahulu hingga kini, barangan yang dijual akan memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan oleh setiap manusia. Tentu sekali apabila lapar kita memerlukan makanan,apabila sunyi kita memerlukan kehadiran kekasih hati di sisi, cuaca sejuk menghendakkan kita membeli baju panas, memerlukan rumah sebagai tempat perlindungan dan sebagainya. Dewasa kini banyak barangan atau perkhidmatan yang telah menjadi keperluan asas di zaman serba canggih ini. Kita memerlukan telefon bimbit untuk menelefon kekasih hati di tengah malam hari, komputer, internet dan kenderaan untuk pergerakan.

Apabila kita membuat keputusan untuk berkahwin memulakan perniagaan, bermakna kita akan membuat jualan, dan apabila kita membuat keputusan memulakan jualan,carilah barangan yang memenuhi permintaan pasaran di luar. Menjual bukanlah seperti meminta-meminta wang dari orang ramai seperti yang sering dilihat dan disalah anggap.Fenomena ini menyebabkan ramai orang merasakan bahawa menjual merupakan suatu pekerjaan taraf rendah.Isy3,apa nak jadi.

Buangkan persepsi yang salah ini kerana apabila kita menjual, kita memenuhi permintaan keperluan dan kehendak orang lain. Pekerjaan ini adalah mulia dan jangan sesekali memandang hina orang yang menjual walaupun hanya menjual kerepek di ATM bank pada waktu malam.Huha!

P/s : Saya duduk termenung seorang diri sambil menggeleng-geleng kepala lagak seperti seorang yang putus cinta apabila terdengar suara-suara halus yang mengatakan bahawa menjual itu merupakan suatu pekerjaan yang hina.Adesh.  😉

 -GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 3, 2009.

10 Responses to “Beli dan belah”

  1. beli dan belah la hati trsebut!!!
    huhu~
    😛

  2. >> iera bajet lana

    Hati lembu jual kat pasar mahal siyh
    Xmmpu nk beli
    Kua3~
    😛

  3. ape punyr bisnesman da,,,
    huhu~
    😛

  4. Byk brg yg boleh diketengahkn skg ni yg leh menguntungkn anda, yg leh anda komersilkan bakat semulajdi anda tu..anda akn rasa ‘best giler’ n ‘seronok sgt’..apa2 pun for ur future jgk kan?.tul x GM Yusri? 🙂

  5. >> Aishah

    Hak2
    Yup,btul 2
    Tpi sy kekurangan masa yg teramat lah cik
    Adesh
    Jom wat join venture bsnes
    Sama2 kongsi kpakaran masing2
    Wii~
    😀

  6. oh!!cool…lame x bace bizlimited!!!

  7. >> Kaito

    Haha
    Thnx Bro
    Aku pon lama jgk xupdate blog ni
    Bz ngn study daa
    Adesh
    😉

  8. bisnes per tu GM Yusri? sy semangat nk joint venture ngn GM Yusri ni..rsa cam dh jd arena sy plk..hehe..nk terjun bdg len la plk..leh tmbh koleksi bisness..huhu

  9. >> ain aishah

    Haha!
    Nnti sy cuti n ade bnyk masa kite dscuss by ym k
    Take cre
    😀

  10. ooh ok.no poblem.-) huhu take care too

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: