Jangan pandang sebelah mata

Aktiviti jualan adalah nadi dan jantung perniagaan. Jika sesebuah syarikat itu mempunyai produk yang begitu invotif sekalipun, syarikat tidak akan maju kehadapan juga jika tidak berjaya menjual produk. Tetapi jika sebuah syarikat pakar dalam jualan hatta batu sungai sekalipun, maka tidak mustahil perniagaan mereka akan berkembang maju.  😉

Kebanyakan masyarakat di negara kita khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam masih lagi memandang enteng kerjaya sebagai peniaga.Tanggapan mereka,perniagaan merupakan kerjaya kelas ketiga dan dipandang sebagai kerjaya untuk orang yang tidak berjaya dalam bidang akademiknya. Tetapi tahukah anda bahawa kerjaya sebagai peniaga adalah kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tiada had pendapatan selagi anda boleh bekerja dengan gigih. Lebih hebat daripada bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin 24 jam dengan dikelilingi staf-staf yang cantik dan berbau harum.Oh!

Saya pernah berbual-bual dengan seorang penjual aksesori keselamatan kereta yang berbangsa Cina di kawasan rumah saya, umur sekitar awal 20an dan hanya mempunyai pendidikan SPM sahaja. Melalui jawapan daripada soalan tersirat saya, beliau mampu memiliki pendapatan sekitar RM 4000 hingga RM 5000 sebulan! Saya yakin beliau boleh pergi jauh dalam kerjaya beliau memandangkan usianya yang masih muda. Dan tentu membina rangkaian perniagaan sendiri adalah cita-citanya pada masa terdekat.Oh ya,sekadar bercerita,saya bakal melakukan kerjasama perniagaan dengannya dalam masa 6 bulan lagi.InsyaAllah jika dimurahkan rezeki oleh Allah.  😀

Oleh yang demikian jangan memandang sebelah mata kerjaya sebagai peniaga. Walaupun mereka nampak seperti meminta-minta dan menyusahkan diri kita, hakikatnya mereka mempunyai kekuatan kewangan lebih hebat daripada anda yang tidak pernah menjual! Mulai hari ini cuba menjual produk secara kecil-kecilan sebagai latihan asas menjadi usahawan untuk masa hadapan.Berani cubalah.Huha!  😉

P/s : Turut diakui bahawa ada sesetengah perempuan yang memandang saya dengan penuh menggoda sambil mengenyit sebelah mata untuk memikat hati saya.Oh,ini hanya cerita dongeng semata-mata.Haha!  😛

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 3, 2009.

5 Responses to “Jangan pandang sebelah mata”

  1. ehem2,,,
    ayt anda yg d red line 2
    dtujukn kpd sape 2???
    huhu~
    ;D

  2. >> iera bajet lana

    Hak2
    Adelah sglintir homosapiens di luar sna
    Ngeh2
    😛

  3. huhu~
    homosapiens???
    homosapiens 2 ape???
    daku ngak tau laa…
    huhu~
    ngeee~
    wii~
    😛

  4. Kalo mata da buta sblah trpksa la pandang sebelah mata..lbh baik dr xpandang langsung:)

  5. tu raksasa dua mata dua alam…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: