Suara itu gelombang berbisa

Hampir keseluruhan daripada kita menggunakan telefon bimbit. Ia merupakan salah satu peralatan moden yang sudah menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Pengguna telefon bimbit boleh bercakap dengan orang lain tanpa menggunakan wayar.Sesuatu yang tidak wujud 20 tahun lampau di Malaysia! Ini adalah hasil teknologi gelombang yang boleh membawa getaran beribu-ribu kilometer di muka bumi ini.

Suara kita juga adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya.Suara telah digunakan sejak kita semua keluar dari rahim ibu lagi. Kita sudah pandai menangis sambil menjerit, menjadikan ibu dan ayah menangis kegembiraan apabila mendengar suara kita. Kita juga boleh berkata-kata untuk meminta sesuatu apabila di alam kanak-kanak. Dan apabila dewasa suara menjadi aset penting dalam kehidupan untuk mencari kekasih hati nafkah.

Getaran daripada suara boleh memberikan gambaran maklumat yang ingin disampaikan. Kita boleh mengenali suara seseorang apabila dia sedang marah / merajuk / tegas / manja / memberi arahan / takut dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian apabila bercakap dalam konteks keusahawanan, kita perlu menggunakan intonasi suara yang baik apabila berurusan dengan pelanggan. Perlu mengeluarkan suara yang lembut terhadap pelanggan wanita muda yang cantik dan menawan, sentiasa bercakap dengan yakin dalam menyampaikan maklumat produk dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk mematuhi kehendak pelanggan.

Sementara itu pula,anda perlu mengawal suara apabila berada dalam situasi tertentu ketika menjalankan operasi perniagaan. Bersuara dengan tegas jika ada pekerja yang melakukan kesalahan, bergelak ketawa untuk menghidupkan suasana yang ceria, memberikan suara-suara motivasi untuk menaikkan semangat pekerja dan memberikan nasihat dengan suara yang lembut dan berhemah.  😉

Suara percakapan kita walaupun didengari setiap masa, ia adalah gelombang yang luar biasa dalam hidup tanpa kita sedari. Bercakaplah dengan intonasi yang sesuai dengan tempat dan keadaan. Gunakan untuk kebaikan dan jangan salah gunakan untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata.Oh!  😀

P/s : Berhati-hati dengan suara-suara lekeh yang gemar menjatuhkan air muka dan semangat perniagaan anda.Berusaha untuk menjauhi mereka dengan seadanya.Huha!

-GM Yusri-

 

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 3, 2009.

3 Responses to “Suara itu gelombang berbisa”

  1. adakh suare anda???
    (yg bes gitu!)
    huhu~
    x dpt tidur malam…
    huhu~
    ;P

  2. >> iera bajet lana

    Sy bukn seorg pnyanyi
    Ngee~
    😛

  3. tp iras2…
    huhu~
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: