Ghairahnya menjadi Businessman(1)

Maafkan saya kerana tidak sempat untuk mengemaskini blog Bizlimited ini kerana terlampau sibuk dengan kekasih hati pelajaran yang bersepah.Huhu.Terlalu banyak yang perlu diulangkaji untuk memantapkan lagi persediaan ilmu saya sebelum dijangka berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan.Adesh,siapa cakap course Business Administration ni senang bhai.Tiada secebis pon course yang senang di atas muka bumi ini.Isy2~  😉

Baiklah,saya akan teruskan dengan tujuan asal artikel pada kali ini ditulis.Kemewahan yang sedang dinikmati sebagai usahawan yang berjaya bukanlah hak mutlak kepada dirinya sahaja. Sebagai seorang muslim, harta atau kekayaan yang dianugerahkan perlu disedekahkan kepada individu lain yang memerlukan. Malah ramai juga jutawan yang bukan muslim mewujudkan yayasan untuk menguruskan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi pandangan kami pihak Bizlimited Corporation, kelebihan memberikan bantuan yang banyak kepada perempuan muda yang cantik yang memerlukan adalah kehebatan utama apabila menjadi usahawan.

Penyaluran bantuan tidak kira individu tersebut berdaftar atau dengan bantuan senyap, boleh membantu golongan yang memerlukan seperti :

– Orang-orang miskin
– Ibu tunggal dan anak-anak yatim
– Pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan
– Pelajar-pelajar miskin yang memerlukan sumber kewangan untuk pelajaran
– Pembinaan sekolah, rumah kebajikan, hospital, masjid dan lain-lain

Bayangkan bantuan RM10 lebih baik daripada RM1, dan sekiranya lebih banyak lagi bantuan dihulurkan insyaAllah rezeki yang dikurniakan Allah akan datang berlipat kali ganda. Agama Islam sendiri mewajibkan bayaran zakat kepada individu yang layak. Melalui cara sebegini saluran bantuan kewangan boleh diuruskan dengan cekap dan telus. Adakah anda ingin membayar zakat yang lebih banyak setiap tahun? Adakah anda berminat untuk membantu perempuan muda yang cantik orang yang susah? Sekiranya jawapan tersebut adalah YA,maka berusahalah untuk menjadi usahawan yang berjaya dan berkaliber.InsyaAllah.  😉

P/s : Bak kata salah seorang rakan perniagaan saya,keghairahan berniaga melebihi nikmat keghairahan malam pertama.Oh,betul ke? (Saya serahkan kepada yang pakar untuk menjawab.Nak tau jgk ni.Ngeh2)  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 9, 2009.

2 Responses to “Ghairahnya menjadi Businessman(1)”

  1. uish!! ade ke uat perbandingan gitu…
    sbg pakar, sy rase ia xsebegitu…ahakz!

  2. >> beIng mE

    Hak2
    Xbetul ek prbandingan 2?
    😛

    Rasenye prlu dilakukan research dngn lbih mndalam
    Huha!
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: