Ghairahnya menjadi Businessman(2)

Antara faktor utama penjajahan kuasa Eropah ke sebelah Asia adalah untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus pada peringkat permulaan. Semasa giatnya revolusi perindustrian seperti terciptanya makanan dalam tin dan kereta, Tanah Melayu ketika itu tidak terkecuali menerima limpahan rezeki. Banyak lombong bijih timah dibuka dan ladang-ladang getah diterokai. Tanah Melayu menjadi makmur dengan permintaan tinggi daripada hasil komoditi tersebut.

Siapakah yang memainkan peranan dalam revolusi tersebut? Selain daripada pemerintah, usahawan-usahawan pada ketika itu memainkan peranan penting menjana hasil. Pelombong, pemilik ladang, GM Yusri dan kroni-kroninya, pemilik kilang pemprosesan, syarikat cari jodoh pengangkutan dan banyak lagi usahawan yang terlibat dalam jaringan tersebut. Dan sehingga ke hari ini apabila revolusi internet mula berkembang sejak 90an lagi, banyak usahawan-usahawan internet muncul satu demi satu. Usahawan yang tidak berkaitan dengan internet sekalipun mempunyai kepentingan dalam menyumbang kepada revolusi ini. Bizlimited Corporation juga berbangga kerana kami juga turut serta menjadi sebahagian daripada revolusi internet.Yeehaa!  😀

Satu kebanggaan kerana apabila anda kahwin di usia muda menyertai bidang perniagaan, tidak kira apa jua bidang sekalipun, anda akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam revolusi ekonomi dunia. Kehidupan dunia berkembang maju, teknologi baru yang sering diperkatakan akan muncul selepas internet ialah nanoteknologi. Suatu yang menarik jika kita semua sebagai usahawan akan menjadi ‘pemain utama’ dalam revolusi baru ini.Oh,tak sabar rasa di hati hendak kahwin awal. (sambil tersenyum keseorangan lagak seorang gila cinta)  😉

P/s : Tanpa usahawan,siapalah anda.Tanpa anda,siapalah usahawan.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 9, 2009.

One Response to “Ghairahnya menjadi Businessman(2)”

  1. Apakah? kawin awal je selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: