Tolong hormat,boleh?

Salah satu sifat yang mesti wujud dalam minda bakal usahawan ialah menghormati orang yang telah berjaya dalam bidang kerjaya perniagaan mereka. Perasaan hasad dengki dan cemburu membabi buta terhadap kejayaan rumah tangga orang lain tidak mendatangkan faedah sama sekali. Walaupun secara akal logiknya kita akan berfikir dengan memusnahkan rumah tangga perniagaan orang lain kita boleh maju ke hadapan.Katakan TIDAK!

Jika anda berfikiran sedemikian, musibah pertama yang akan datang kepada anda ialah persepsi atau pandangan masyarakat kepada diri anda sendiri. Walaupun kita boleh menyembunyikan kerja jahat kita lambat-laun masyarakat akan mengetahui jua. Jalan untuk maju ke hadapan akan menjadi lebih sukar kerana masyarakat sekeliling telah melabelkan diri anda sebagai individu yang tidak berguna dan perosak kepada rumah tangga dunia perniagaan!

Selain daripada itu juga putaran perniagaan akan terjejas jika kita cuba untuk memusnahkan pesaing perniagaan ataupun perniagaan lain yang bukan daripada bidang kita. Umum kita sudah tahu walaupun perniagaan adalah daripada perlbagai jenis, kita juga memerlukan pertolongan dan kerjasama erat antara satu sama lain. Oleh yang demikian jalan untuk maju ke hadapan bertambah sukar akibat daripada sifat hasad dengki terhadap kecantikan kekasih hati kejayaan orang lain.

Mulai hari ini tanamkan dalam minda anda untuk menghormati dan mempelajari sesuatu daripada  orang yang telah berumah tangga berjaya. Jika anda dapat bersua dengan mereka, jangan lepaskan peluang mendapatkan kata-kata nasihat dan motivasi menghadapi malam pertama keusahawanan daripada mereka. Berikan ucapan tahniah jika rakan anda telah berjaya berkahwin dalam perniagaan mereka.Ingat,hukum karma dan manusia tidak dapat dipisahkan.Optimiskan diri anda dalam menjalani kehidupan seharian.Huha!  😉

P/s : Hormatilah kekasih hati anda maka dia akan menghormati anda.Hormati pelanggan anda maka mereka akan menghormati anda.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 9, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: