Boikot dalam sunyi

Rentetan daripada kekejaman Yahudi Israel di bumi Palestin menimbulkan kemarahan masyarakat muslim di serata dunia. Gerakan pemboikotan barangan syarikat yang mempunyai kepentingan kepada Amerika Syarikat dan Yahudi diperhebatkan melalui email dan blog. Sila rujuk di laman web rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sini untuk mendapatkan maklumat produk yang memberi sumbangan kepada kewangan Yahudi.

Jika dilihat gerakan boikot seakan bermusim seperti isu memboikot barangan keluaran negara Belanda akibat penerbitan Filem Fitna yang menghina orang Islam tahun lepas. Sekarang kita sudah lupa untuk memboikot barangan keluaran Belanda. Adakah kita juga akan lupa untuk memboikot barangan keluaran syarikat Yahudi selepas isu serangan ini reda kelak?  Melayu mudah lupa, muslim selalu lupa.Jangan biarkan diri anda diselubungi unsur-unsur kelupaan.Hmm…

Secara kebetulan, topik usahawan muslim masih belum selesai, saya berpendapat inilah masanya usahawan muslim memainkan peranan penting dalam mempergiatkan lagi keluaran produk harian yang bermutu dan dijamin kualitinya. Sedar atau tidak barangan yang kita boikot ini semua adalah barangan keperluan harian yang sebahagian besarnya usahawan-usahawan muslim sendiri boleh menghasilkannya pada masa ini.

Namun usahawan muslim perlu sedar bahawa isu memboikot barangan adalah bermusim. Usahawan muslim perlu sentiasa mempergiatkan aktiviti promosi dan memperbaiki mutu barangan supaya pengguna akan lebih mempercayai barangan yang dihasilkan oleh syarikat muslim.Jangan jadi seperti produk dari China pula ya.Ops!  😛

Bukan sahaja produk harian, sudah tiba masanya masyarakat muslim meninggalkan produk-produk kewangan yang berlandaskan unsur riba. Kita sudah ada produk kewangan Islam daripada perbankan dan takaful yang bebas daripada unsur riba.Jadi,tepuk kepala tanya minda masing-masing.Huha!  😀

P/s : Jika kamu tidak mampu untuk memboikot dengan tangan,boikotlah dengan lidah.Jika tidak mampu juga,boikotlah dengan hati.Sama-samalah kita memuhasabahkan diri.InsyaAllah,kejayaan milik umat Islam.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 10, 2009.

2 Responses to “Boikot dalam sunyi”

  1. btol2..sesame la kita memuhasabah dri…
    jgn la asyik mintak blanje mcD je..
    wiiiii~

  2. >> aida

    Hak2
    Kantoi!~
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: